Showing posts with label Bintang sukan. Show all posts
Showing posts with label Bintang sukan. Show all posts

Wednesday, January 30, 2019

Andy Murray tak perasan alat sulitnya turut terdedah selepas muat naik imbasan X-Ray di laman sosial



Andy Murray tak perasan alat sulitnya turut terdedah selepas muat naik imbasan X-Ray di laman sosial | PEMAIN tenis terkenal, Andy Murray menjalani rawatan berkaitan pinggangnya di sebuah klinik di London pada Isnin. Perkara itu didedahkan oleh Andy menerusi posting di media sosial miliknya. Selain gambar dia dalam pakaian pesakit sedang terbaring di atas katil, dia turut memuat naik paparan imbasan X-ray. Perkongsian itu bagaimanapun pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Ia berikutan imbasan X-ray bahagian tulang pinggang juara Wimbledon itu turut memaparkan bahagian alat sulitnya. Besar kemungkinan Andy sendiri tidak perasan imej alat sulitnya turut terpapar dalam imbasan berkenaan. Rata-rata peminat Andy turut berjenaka mengenai perkara itu di laman Twitter.

"Tak tahu lah kalau orang lain perasan, anda boleh nampak alat sulit Andy dalam imbasan X-ray ini. Apa-apapun semoga cepat sembuh," tulis seorang individu. Andy kini bergelut dengan kecederaan dan belum membuat keputusan sama ada mahu menanam besi di tulangnya agar dia dapat bertahan lebih lama dalam sukan tenis. Dia mula mengalami sakit itu sejak perlawanan terakhirnya di Melbourne. - Daily Mail.





.

Saturday, December 1, 2018

Selepas 5 tahun kemalangan, ini khabar terkini jaguh F1 Michael Schumacher



Selepas 5 tahun kemalangan, ini khabar terkini jaguh F1 Michael Schumacher | SETELAH mengalami kemalangan sewaktu bermain ski pada 2013, jaguh dunia F1, Michael Schumahcer bagaikan 'lenyap' dari arena sukan itu. Kemalangan itu turut menyebabkan dia koma gara-gara kecederaan trauma otak yang masih belum pulih, sehingga kini. Baru-baru ini, seorang ketua biskop dari Jerman, Georg Gänswein mendedahkan pertemuannya dengan bintang pujaan ramai itu. "Wajahnya makin berisi sekarang, dia pun dah boleh kenal orang sekeliling semula. "Saya duduk di hadapan dia dalam pertemuan itu, pegang tangan dia dan lihat wajahnya.

"Dia boleh rasa kasih sayang orang sekeliling kepadanya. Syukur dia makin sihat," ujar Gänswein Tambahnya lagi, rupa paras Michael tidak banyak berubah dan dia masih lagi kelihatan seperti dahulu. Jaguh dunia itu dikatakan sedang bergelut untuk pulih sepenuhnya dan melakukan rawatan secara tertutup di kediamannya, di Switzerland. Michael, 49, bersara pada 2012 dan disifatkan sebagai pelumba F1 paling berjaya dalam sejarah.- Daily Star.




.

Thursday, November 22, 2018

Gambar Hafizh Syahrin dengan kemunculan jentera baru KTM Tech3



Gambar Hafizh Syahrin dengan kemunculan jentera baru KTM Tech3 | Peluang penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menguji jentera baharu KTM pada hari pertama sesi ujian rasmi di Valencia, Sepanyol terpaksa dihadkan susulan hujan, semalam. Penunggang pasukan KTM Tech3 itu hanya mampu melakukan 20 pusingan menggunakan jentera RC16 di Litar Ricardo Tormo dengan catatan terbaiknya 1 minit 34.233 saat (s) meletakkannya di kedudukan ke-24 terpantas daripada 25 pelumba yang mengambil bahagian. Selepas 20 musim bersama Yamaha, Tech3 yang berpangkalan di Perancis beralih arah menggunakan jentera spesifikasi utama KTM bagi musim 2019. “Saya amat gembira berada di garaj KTM dan menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Kami tidak mampu melakukan banyak pusingan hari ini (semalam) kerana keadaan litar masih belum kering dan ramai pelumba turut menunggu.

“Saya melakukan 20 pusingan dan merancang untuk meneruskannya, tetapi tiba-tiba hujan yang hampir dua jam sebelum ujian rasmi berakhir, jadi kami tidak mempunyai peluang yang banyak untuk melakukan lebih pusingan di atas litar yang kering. “Ketika ini, saya dapat rasakan yang jentera ini agak baik dari sudut kendalian dan lebih berkuasa tetapi jelas kami perlu mengubah beberapa perkara untuk mengadaptasi dengan corak tunggangan saya. Apapun, saya amat gembira menunggang jentera RC16 dan tidak sabar untuk terus mengujinya.” Rakan sepasukan baharu Hafizh, Miguel Oliveira yang menggantikan Johann Zarco dan beralih angin ke kelas MotoGP dari Moto2 musim depan melakukan 1:35.118s untuk tangga ke-25.



Sementara itu, pasukan pertama Malaysia dalam kancah MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) tampil dengan persembahan baik dengan penunggangnya, Franco Morbidelli menduduki tangga keenam terpantas. Pelumba Itali itu, yang memenangi anugerah Pelumba Muka Baharu terbaik melakukan 40 pusingan dengan catatan terbaik 1:32.085s menggunakan jentera Yamaha, YZR-M1. “Ia hari pertama yang hebat. Saya cepat selesa dengan jentera dan hubungan dengan pasukan juga amat baik,” kata Morbidelli. “Saya memperoleh beberapa pusingan pada sebelah petang dan ia bagus serta laju. “Saya mendapat lebih masa untuk mendapatkan rentak tunggangan dan memahami kekuatan serta kelemahannya dan cuba untuk meraih sesuatu daripada ujian ini. Saya agak terkejut betapa lancarnya jentera Yamaha untuk ditunggang dan betapa mudahnya ia untuk difahami.” Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo yang seperti Oliveira sebagai penunggang baharu dalam kelas MotoGP melakukan 1:33.233s untuk menghuni tangga ke-23. -Metro



* Lawanya!!  😊😊




.

Friday, May 25, 2018

Lagenda Ronaldinho akan mengahwini dua kekasih pada waktu serentak



Lagenda Ronaldinho akan mengahwini dua kekasih pada waktu serentak | LEGENDA bola sepak Ronaldinho akan mengahwini dua wanita pada waktu serentak, menurut laporan media di Brazil. Bintang terkemuka itu dilaporkan akan melangsungkan upacara perkahwinan pada Ogos bersama sepasang tunangnya, Priscilla Coelho dan Beatriz Souza. Dua wanita itu dikhabarkan hidup harmoni bersama bekas pemain Barcelona itu sejak Disember di kediaman mewahnya yang bernilai RM26 juta di Rio de Janeiro. Ronaldinho mula menjalinkan hubungan dengan Beatriz pada 2016, namun meneruskan hubungannya dengan Priscilla yang sudah terjalin beberapa tahun sebelumnya.Menurut beberapa laporan, kedua-dua kekasihnya menerima elaun hampir RM8,000 sebulan daripada pemain itu untuk berbelanja.


Ronaldinho turut dilaporkan memberikan kedua-dua wanita itu hadiah yang sama, termasuk membelikan wangian serupa ketika mereka bercuti ke luar negara bersama-sama. Bekas Pemain Terbaik Dunia itu melamar mereka pada Januari tahun lalu dan memberikan kedua-duanya cincin pertunangan, menurut laporan media Brazil. Ronaldinho akan mengahwini kekasih-kekasihnya dalam acara tertutup di Kondominium Santa Monica di Barra da Tijuca, Rio. - Mirror UK


#ronaldinho #cinta3penjuru #perkahwinan



*Seiras jer kedua-dua kekasihnya ni kan




.

Friday, February 27, 2015

KELUARGA lagenda F1, Michael Schumacher jual sebuah rumah percutian mereka untuk teruskan rawatan pelumba tersebut



KELUARGA lagenda F1, Michael Schumacher telah menjual sebuah rumah percutian mereka di kawasan pergunungan Norway untuk merawat pelumba tersebut yang cedera dalam kemalangan ski ais sejak setahun lalu. Rumah bernilai £2 juta di Trysil, utara Oslo itu terpaksa dijual bagi mendapatkan dana untuk membina sebuah bilik rawatan bernilai £10 juta. Rumah yang dibina di dengan keluasan 6,940 kaki persegi itu dibeli oleh Schumacher sekitar 1990-an untuk dijadikan tempat rehat keluarganya. Bagaimanapun kediaman yang lengkap dengan spa, kabin berhampiran curam bermain ski, ruang meletak tujuh biji kereta itu kini telah dijual kepada jutawan Norway.


Akhbar tempatan Norway mendedahkan, pada mulanya rumah itu agak sukar dijual kerana keadaan dari luar yang tidak begitu menarik perhatian. Bagaimanapun setelah pembeli melihat keseluruhan sudut termasuk di dalamnya, mereka teruja untuk menjadi pemilik seterusnya. Keluarga Schumacher juga dilapor cuba menyembunyikan penjualan rumah tersebut daripada pengetahuan media, tetapi ia diketahui umum apabila bertukar pemilik.-AP




.

Thursday, February 19, 2015

Kenali gadis yang miliki rupa menawan ini namun gemarkan sukan angkat berat



Kenali gadis yang miliki rupa menawan ini namun gemarkan sukan angkat berat | Memiliki rupa paras yang menawan seperti anak patung Barbie tidak menghalang seorang gadis memenuhi kehendak hatinya untuk terlibat dalam sukan angkat berat dan menjadi seorang ahli bina badan. Mail Online melaporkan, Julia Vins, 18, yang memiliki sepasang mata menarik serta wajah keanak-anakan dikenali di negaranya kerana berbadan sasa serta berjaya memecah tiga rekod dunia acara angkat berat. Vins berkata, dia mula pergi ke gim ketika berusia 15 tahun dan sejak itu cintanya terhadap sukan bina badan terus menebal sebelum mula berjinak-jinak dalam sukan angkat berat setahun kemudian.

“Saya seorang yang aktif di sekolah, namun semua aktiviti itu tidak selari dengan kehendak hati saya, namun sejak saya mula pergi ke gim, saya tahu apa matlamat hidup saya iaitu membina otot yang besar. “Walaupun, berbadan sasa, saya masih seperti gadis remaja lain yang gemar bersolek dan berdandan, namun sejak terlibat dalam sukan bina badan agak sukar bagi saya mencari pakaian yang sesuai,” jelas Vins.


Bagaimanapun, Vins tidak menolak wujud diskriminasi daripada kaum lelaki yang cemburu dengan kejayaan yang dicapainya ketika ini. “Kaum lelaki mempunyai persepsi tersendiri tentang saya, ada yang menghormati saya atas apa yang saya lakukan dan ada yang tidak menyenanginya. Mungkin mereka cemburu dengan saya,” ujarnya yang kini memiliki 23,000 orang pengikut di laman sosial Instagram. -AP



.

Tuesday, January 27, 2015

Bapa akan tunaikan dua hajat terakhir anak



Bapa akan tunaikan dua hajat terakhir anak  | Walaupun terkejut dengan pemergian anaknya, Mat Lazim Ali, 52, bapa pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia Incheon 2014 Muhammad Azlan Mat Lazim tetap akan menunaikan dua hajat anaknya yang tidak kesampaian. Hajat pertama membawa isterinya menunaikan umrah dan kedua membeli rumah baru untuk mereka sekeluarga. “Sebelum kejadian, dia menghubungi saya pada jam 11 pagi untuk bertanya khabar kami sekeluarga dan menyatakan hasratnya membeli rumah baru dan menghantar saya dan isteri mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

“Namun, tiga jam lebih selepas itu, saya terkejut menerima berita kejadian menimpanya. Saya reda dengan apa yang berlaku meskipun amat sedih,” katanya ketika ditemui, semalam. Dalam kejadian baru-baru ini, pemenang tiga pingat emas paralimpik di Sukan Asia Incheon Muhammad Azlan Mat Lazim dilaporkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Serdang Raya, Serdang, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu turut membabitkan seorang lagi atlet lompat jauh paralimpik negara, Farisan Jasna, 24, yang disahkan mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa dilanggar sebuah van jenis Toyota Hiace dari arah sama ketika keluar dari persimpangan menghala ke Lebuh Raya Bukit Jalil. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu van iaitu lelaki berusia 43 tahun tidak cedera. Pada temasya Para Asia di Incheon Oktober tahun lalu, Muhammad Azlan menampilkan aksi cemerlang apabila membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki kategori kecacatan T38 dan T36. Jenazah Allahyarham Muhammad Azlan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabur Kubur jam 1 pagi, semalam. -Metro




.

Monday, January 26, 2015

Gambar Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sanggup jadi pengemis kerana peminat



Gambar Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sanggup jadi pengemis kerana peminat | Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya. Cristiano Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan juga memakai jambang palsu serta berambut panjang. Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun yang mengenali dirinya.

Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu juga turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya. Kehadiran Ronaldo mula disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.


Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh seorang penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian. Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan Ronaldo juga begitu sabar melayan karenah mereka. Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sebelum ini cukup terkenal dengan sikap peramah dan sering memberikan kejutan untuk peminat tersayang. -AP




.

Saturday, January 24, 2015

Pemergian wira paralimpik, Mohamad Azlan suatu kehilangan besar buat negara - Khairy


Pemergian wira paralimpik, Mohamad Azlan suatu kehilangan besar buat negara - Khairy | Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar cukup terkesan dengan kehilangan wira paralimpik olahraga negara, Mohamad Azlan Mat Lazim yang maut akibat kemalangan jalan raya, hari ini. Khairy jelas tidak mampu menahan sebak ketika berhadapan media dengan arwah Mohamad Azlan yang juga pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan digambarkan bintang sukan yang berpotensi cerah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Malah pemergian atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu dianggap satu kehilangan yang besar buat sukan di Malaysia.

"Azlan adalah idola bagi sukan negara terutama sukan paralimpik. Sekalipun arwah baru saja masuk dalam sistem MSN (Majlis Sukan Negara) pada 2012, tapi kita sudah kenal pastinya sebagai bintang harapan dan sedang dilatih untuk Kejohanan Dunia tahun ini serta Sukan Olimpik di Rio, Brazil tahun depan. "Negara kehilangan atlet yang hebat, yang mempunyai masa depan yang cerah," kata Khairy yang menjadi antara kenamaan pertama yang hadir ke hospital. Pada kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari tadi, Mohamad Azlan, 24, dikatakan membonceng motosikal bersama rakan yang juga atlet paralimpik negara, Farisan Jasna dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari sebelum terbabit nahas itu.

Farisan, 25, dalam pada itu mengalami kecederaan patah tulang lengan kanan dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital. Dalam pada itu, Khairy turut menyifatkan arwah Mohamad Azlan sebagai ceria, ramah dan sentiasa tersenyum ketika mengimbas kali terakhir dia bertemu arwah Azlan sebelum kontinjen negara bergerak ke Incheon. "Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah sebelum ke Sukan Asia dan seperti biasa, perwatakannya ceria, ramah dan sentiasa senyum.

"Arwah juga berjanji kepada saya yang dia akan membawa pulang tiga pingat emas. Menurut ibu saudaranya, dia juga anak yang baik dan sentiasa membantu ibu dan bapanya di kampung," katanya. Pada temasya di Incheon, arwah meraih tiga pingat emas pada temasya itu menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38. Selain itu, Mohamad Azlan juga dinobatkan pemenang Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2013/2014 kategori Anugerah Khas Paralimpiad. Difahamkan, arwah Mohammad Azlan Akan dikebumikan malam ini di negeri kelahirannya, Terengganu. -BH



.

Saturday, January 17, 2015

Hebat.. Dia Cantik, Dia Pemain Bola Sepenuh Masa & Jaringannya Antara Tercantik Di Dunia...



Hebat.. Dia Cantik, Dia Pemain Bola Sepenuh Masa & Jaringannya Antara Tercantik Di Dunia...  | DIA adalah pemain bolasepak wanita yang tidak dikenali sehinggalah dia muncul pada malam Anugerah Bolasepak Dunia baru-baru ini sebagai calon penerima Anugerah Puskas untuk jaringan gol tercantik. Walaupun akhirnya tewas kepada James (sebut Hames) Rodriguez dari Columbia dan Robin Van Persie dari Belanda untuk anugerah berpristej tahunan itu tetapi Stephanie Roche akhirnya mencipta nama di peringkat antarabangsa dan jaringannya kini ditonton oleh lebih tiga juta kali menerusi YouTube.

Siapa sangka, gol tersebut yang dijaringkan dalam perlawanan yang disaksikan oleh hanya 95 orang penonton sahaja akhirnya mencecah sehingga angka juta selepas kemunculannya pada anugerah Fifa itu. Malah kecantikannya mencuri perhatian ramai. Ketika namanya disebut dan Stephanie Roche berjalan menuju ke pentas pada majlis Anugerah Fifa yang berlangsung di Zurich itu, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tidak dapat menahan pandangan mereka dengan mencuri menengoknya dari atas sehingga ke bawah. Steph, 25, sebagaimana dia dikenali di kalangan rakan-rakan sepasukannya adalah pemain wanita pertama yang dicalonkan untuk anugerah tahunan tersebut.

Dia berasal dari Ireland. Malah namanya dicalonkan oleh Fifa sendiri. Dan selepas melalui proses pengundian, dia terpilih untuk disenarai pendekkan dalam tiga pemain terakhir untuk anugerah berkenaan. Itu juga adalah satu rekod iaitu yang pertama di dunia bagi seorang pemain wanita. Hakikat bahawa pencalonannya menjadi pilihan para penonton menunjukkan bahawa Steph adalah seorang pemain yang berbakat walaupun dia hanya menerima gaji sebanyak Pound Sterling 650 seminggu sahaja berbanding Ronaldo sebanyak Pound Sterling 380,000 seminggu dan Messi Pound Sterling 313,000 seminggu. Jika hendak dibandingkan gajinya sebagai seorang pemain pro dengan Ronaldo dan Messi, ia hanyalah 'ciput'.

Mereka mungkin tidak pandang sebelah mata pun. Stephanie, anak bongsu di kalangan empat beradik membesar dengan bermain bolasepak di Selatan Dublin, tempat kelahirannya. Pada usia 11 tahun, Stephanie sudah pun diterima menyertai pasukan amatur wanita Valeview FC. Kemudian pada usia 12 tahun, sebagaimana yang dibenarkan oleh peraturan, Stephanie menyertai pasukan campuran lelaki-perempuan. Tidak lama kemudian Stephanie bermain untuk pasukan Cabinteely Girls dan selepas itu berhijrah pula ke sebuah kelab lain iaitu Stella Maris.


"Pada usia empat belas atau lima belas tahun, sebahagian besar rakan-rakan sepasukan saya yang lain telah berhenti bermain bola tetapi terdapat segelintir pemain wanita termasuk saya ingin terus bermain. Tidak ada penjelasan sebenar mengapa kami memilih bolasepak tetapi hakikatnya begitulah," ujar Stephanie dalam temuramah khas dengan akhbar Britain, The Daily Mail. Stephanie mungkin telah tewas di tangan James Rodriguez, yang akhirnya terpilih sebagai penerima Anugerah Puskas hasil jaringan luar biasanya menentang Uruguay ketika temasya Piala Dunia di Brazil, pertengahan tahun lalu tetapi hakikat yang pemain wanita itu telah menerima lebih dari satu juta undian untuk jaringan golnya adalah satu testimoni ke atas bakat semulajadinya.

Jaringan tersebut yang dihasilkannya ketika mewakili pasukan Peamount United menentang Wrexdord pada November 2013, hanya disaksikan oleh 95 orang penonton. Tetapi selepas pencalonannya oleh Fifa untuk anugerah jaringan gol tercantik, ia telah diulang tonton sebanyak lebih tiga juta kali di YouTube. Sebelum dia menjaringkan gol itu, Steph hanya menyentuh bola tersebut sebanyak dua kali dan untuk kali yang ketiga dia memusingkan badannya dan merembat kencang ke pintu gol sebelah kanan pasukan lawan tanpa dapat dilakukan apa-apa oleh penjaga gol.

Dan rakaman jaringan gol tersebut hanya dilakukan kerana salah seorang pemain yang tercedera sanggup merakamkannya bagi pihak pasukan mereka dari atas tempat duduk penonton. Ternyata ia adalah satu rakaman yang tidak sia-sia kerana dengan rakaman itulah Fifa mencalonkannya sebagai salah seorang calon penerima Anugerah Puskas. Selepas dia menjadi popular kerana jaringan cantik itu, Stephanie telah dilamar oleh sebuah kelab Liga Perdana Wanita Perancis, ASPTT Albi dengan bayaran gaji sebanyak Pound Sterling 650 seminggu. -AP




.

Thursday, January 15, 2015

Cristiano Ro­naldo terima hadiah istimewa daripada NIKE.. Jom tengok..


Cristiano Ro­naldo terima hadiah istimewa daripada NIKE.. Jom tengok.. | ‘Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo. But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.


“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian. “Oleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian. "Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut me­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,” kata Nike.


Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon d’Or. Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab. -AP




.

Tuesday, January 13, 2015

Gambar bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Trofi Ballon d'Or buat kali ketiga



Gambar bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Trofi Ballon d'Or buat kali ketiga  | BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali ketiga mengetepikan penyerang Barcelona Lionel Messi dan penjaga gol Bayern Munich Manuel Neuer pada majilis Anugerah Ballon d’Or 2014 di Zurich awal pagi Selasa.


Ronaldo menjadi pilihan mengekalkan trofi ini selepas turut dipilih sebagai Pemain Terbaik pada tahun 2013 dan 2008. Penyerang Portugal ini membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich pada saingan separuh akhir sebelum menang secara penalti ke Atletico Madrid di pentas akhir.


Sementara itu, jurulatih Jerman Joachim Loew dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA 2014 selepas bersaing hebat dengan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dan bos Real Madrid, Carlo Ancelloti.


Simeone membawa Atletico meraih gelaran juara Liga manakala Ancelotti menamatkan kemarau gelaran ke-10 Liga Juara-Juara. -AP



.

Friday, January 2, 2015

Punca Pengurus Arsenal, Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri



Punca Pengurus Arsenal, Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri  | ARSENE WENGER diserang oleh seorang penyokong selepas Arsenal tewas 2-0 kepada Southampton di Stadium St Mary pada Khamis. Lelaki dipercayai penyokong tegar Arsenal itu meluru ke tempat duduk barisan jurulatih Arsenal sebelum mengatakan sesuatu. Dia juga kelihatan memarahi pengendali Arsenal itu sebelum Wenger berkata sesuatu kepadanya.


Tanpa sempat bertindak lanjut, lelaki berkenaan kemudian ditahan oleh pasukan keselamatan untuk dibawa keluar dari tepi padang. Wenger yang sering dikritik oleh penyokong Arsenal sebelum ini mendakwa lelaki terbabit merupakan pengikut skuad Southampton. "Dia budak muda. Saya fikir dia penyokong Southampton, secara keseluruhan dia tidak agresif. Saya tidak fikir apa yang dia katakan," jelasnya.-AP



.

Monday, December 29, 2014

Selepas genap setahun tragedi, apa kisah lagenda F1 Michael Schumacher?



Selepas genap setahun tragedi, apa kisah lagenda F1 Michael Schumacher? | LAGENDA F1, Michael Schumacher sedang melalui tempoh pemulihan yang panjang walaupun kejadian ngeri yang menimpa pelumba itu telah genap setahun pada 29 Disember, jelas pengurusnya, Sabine Kehm. Kehm mengeluarkan kenyataan terbaharu itu bagi menyangkal dakwaan bahawa Schumacher telah pulih apabila mula mengenali isteri dan anaknya. "Kami perlu masa lebih lama (pemulihan). Dia akan melalui masa lebih lama untuk pulih. "Dai telah menunjukkan kemajuan dalam beberapa situasi yang serius sebelum ini," katanya mengulangi kenyataan yang dibuat sebulan lalu.

Schumacher mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan ski di Meribel, Perancis pada 29 Disember 2013. Dia berada dalam keadaan koma dalam tempoh yang panjang sehingga Jun tahun ini sebelum meninggalkan hospital pada September. Dalam satu temubual oleh akhbar Le Parisien pada Ahad, seorang bekas pelumba F1, Philippe Streiff memberitahu bahawa Schumacher kini mampu bercakap dan mula mengenali isteri serta anaknya.

Streiff yang dikatakan rakan lama Schumacher oleh akhbar tersebut dilaporkan mendapat maklumat berkenaan daripada isteri lagenda berkenaan iaitu Corinne dan pakar bedah, Gerard Saillant. Bagaimanapun Kehm mendakwa Streiff bukan rakan lama kepada Schumacher dan tidak mendapatkan maklumat daripada Corinne serta Saillant. "Saya tidak boleh mengesahkan maklumat (Streiff). Dia bukan rakan lama dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kami, tiada apa-apa," jelasnya.-AP



.

Saturday, December 27, 2014

Pemain Arsenal, Diperbodohan Rakan Senegara



Pemain Arsenal, Diperbodohan Rakan Senegara | PEMAIN Arsenal, Alexis Sanchez didakwa telah diperbodohkan oleh rakan senegara dari Chile ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Arsenal menentang QPR pada Jumaat. Dakwaan itu menjadi topik utama dalam berita Liga Perdana Inggeris apabila Eduardo Vargas yang mewakili QPR dilapor berjaya membaca gerakan Sanchez ketika menyempurnakan penalti. Vargas dirakam memberi arahan kepada penjaga gol QPR, Rob Green supaya menyelamatkan bola disebelah kanan.

Ramalan Vargas itu kemudian membuahkan hasil apabila Sanchez turut menolak bola ke kanan sebelum ia diselamatkan Green. Walaupun gagal menyempurnakan penalti, namun Arsenal berjaya menewaskan QPR 2-1. Sanchez dan Vargas merupakan pemain utama skuad kebangsaan Chile dalam saingan Piala Dunia di Brazil pada Julai lalu. -AP




.

Tuesday, December 23, 2014

Bekas pemain bola sepak BPL cedera parah dirempuh lori ketika berjalan



Bekas pemain bola sepak BPL cedera parah dirempuh lori ketika berjalan | BEKAS pemain kelab bola sepak Leeds United, Burnley dan QPR iaitu Clarke Carlisle mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah lori ketika berjalan. Carlisle yang bakal menjawat jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional terpaksa diterbangkan ke Hospital Leeds untuk menerima rawatan. Ketika kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, Carlisle dilapor sedang berjalan di A64, North Yorkshire sebelum dirempuh sebuah lori.

Akibat rempuhan itu Carlisle mengalami kecederaan parah dan sedang diselamatkan oleh pasukan perubatan.Siasatan polis setakat ini belum dapat mengenalpasti punca rempuhan dan enggan membuat sebarang kesimpulan jika ia melibatkan karier Carlisle. Sementara itu, pelbagai pihak termasuk FA England menghantar ucapan selamat kepada Carlisle menerusi laman sosial Twitter miliknya.



.

Sunday, December 21, 2014

Wow, pemain golf berusia 103 tahun ini catat sejarah cemerlang..



Wow, pemain golf berusia 103 tahun ini catat sejarah cemerlang.. | Seorang pemain golf berusia 103 tahun mencatat sejarah apabila menjadi manusia tertua berjaya melakukan pukulan hole-in-one. PGA Amerika Syarikat dalam laman webnya berkata, Gus Andreone dari Sarasota meraih kejayaan itu pada Rabu lalu ketika bermain di Palm Aire Country Club.

 Katanya, Andreone adalah pemain golf tertua melakukan pukulan hole-in-one mengatasi rekod terdahulu iaitu seorang pemain wanita berusia 102 tahun pada 2007. Andreone ketika ditemuramah saluran Fox 13 News stesen televisyen Tampa Bay berkata, kejayaan itu adalah yang kelapan buat dirinya sejak 1939. Dia menggunakan driver pada lubang ke-14 sejauh 113-ela di Lakes Course bermain seperti seperti biasa tetapi kemudiannya menyedari sesuatu perbezaan dan bola itu terus memasuki lubang. - AP

Thursday, December 18, 2014

Inilah Charyl Chappuis, pemain Thailand berjersi nombor 7, yang menjadi tumpuan peminat bola sepak



Inilah Charyl Chappuis, pemain Thailand berjersi nombor 7, yang menjadi tumpuan peminat bola sepak | Disebalik kemenangan pasukan Thailand mengatasi Harimau Malaya pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangala malam tadi, tumpuan peminat bola sepak khususnya wanita juga terarah kepada aksi pemain tengah skuad Gajah Putih, Charyl Chappuis. Apa yang menjadi perhatian, Charyl bukan saja menunjukkan kemahiran di padang tetapi dikatakan menggoda penyokong wanita pasukan lawan. Pemain yang menyarung jersi nombor 7 dibawah bimbingan jurulatih Kiatisuk Senamuang itu seolah menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna laman sosial di Facebook, Twitter dan Instagram.


Charyl yang memiliki wajah tampan terus mencuri tumpuan apabila mencatat kenangan manis untuk dirinya selepas menjaringkan gol pada minit ke-71 melalui sepakan penalti. Beberapa foto Charyl dikongsi di laman sosial berkenaan menggambarkan ramai penyokong wanita Harimau Malaya ‘terpukau’ dengan pemain kelahiran Thailand-Switzerland itu yang turut menjadi trending di Twitter selepas kata kunci Harimau Malaya dan Malaysia vs Thailand.


Bagaimanapun, segelintir peminat skuad Harimau Malaya cuba menafikan ketampanan pemain itu dengan menyatakan bahawa anak-anak buah jurulatih Dollah Salleh lebih kacak dan bergaya pada perhatian mereka.Malah, segelintir penyokong juga memuat naik gambar Charyl bersosial dengan lelaki yang memberi gambaran berbeza kepada pemain itu. Terdahulu, pasukan Thailand berjaya memanfaat peluang bermain di tempat sendiri apabila menundukkan Malaysia dengan keputusan 2-0. Misi menebus maruah pasukan Kebangsaan akan diteruskan pada perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. - mD



.

Wednesday, December 3, 2014

Lee Chong Wei Hantar Notis Saman Kepada Razif, Akhbar B.Melayu berkaitan dakwaan penggunaan dadah



Lee Chong Wei Hantar Notis Saman Kepada Razif, Akhbar B.Melayu berkaitan dakwaan penggunaan dadah | Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengesahkan beliau akan menyaman Razif Sidek dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam penggunaan dadah. "Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana saya terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya," katanya. Chong Wei, 32, menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya, Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas.

Razif, dalam laporan itu telah mendakwa bahawa Chong Wei telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama dan disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bulan lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan. Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF. Beliau berdepan penggantungan selama dua tahun. -Mstar



.

Tuesday, December 2, 2014

BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber selamat dalam kemalangan ngeri di Sao Paulo



BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber selamat dalam kemalangan ngeri di Sao Paulo | BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber bernasib baik selepas terlibat dengan kemalangan ngeri ketika perlumbaan Endurance Dunia di Brazil pada Ahad. Pelumba Australia berusia 38 tahun itu memandu Porche 911 terbabas dan dilanggar pelumba Ferrari Matteo Cressoni pada selekoh terakhir perlumbaan enam jam di Sao Paulo sebelum merempuh menghadang jalan. Bagaimana pun Webber yang bersara dari perlumbaan F1 tahun lalu tidak mengalami kecederaan serius.


Malah di laman Facebook rasminya juga, Webber mendedahkan dia 'okay' dan telah menjalani rawatan. "Selepas kemalangan pada perlumbaan enam jam di Sao Paulo, Webber berada dalam keadaan sedar. Dia juga telah dibawa ke hospital," jelas kenyataan. Selepas 12 tahun mencatat pelbagai kejayaan dalam saingan F1, bekas pelumba Red Bull ini menyertai pasukan Porche dalam siri Endurance Dunia dan berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 keseluruhan musim ini. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!