Wednesday, November 3, 2010

Operator IPD Kuala Muda maut, 2 cedera selepas land rover terbalik


ALOR SETAR: Seorang operator telefon di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda maut manakala dua pembantu tadbir di IPD itu cedera selepas kenderaan Land Rover yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di susur masuk Plaza Tol Alor Setar Utara berhampiran Hutan Kampung hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu ialah Nurul Fitri Muhamad, 30, manakala dua yang cedera ialah Noraini Abu Seman, 34, dan Rogayah Hussain, 40.

"Ketika kejadian semua mereka dalam perjalanan pulang selepas menjalani kursus pengurusan selama tiga hari di Pusat Latihan Polis, Anak Bukit di Alor Setar," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, mayat Nurul Fitri dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat. Salah seorang mangsa yang cedera dimasukkan ke wad hospital itu, manakala seorang lagi dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Hashim berkata, pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


P/S -Update soon..





"Mason Is Walking!"

They grow up so fast!


Kourtney Kardashian revealed on her blog that her 10-month-old son, Mason, has reached a huge milestone. "Mason is walking!!!!!" Kardashian, 31, wrote on Thursday.

Mason, whose father is Scott Disick, has been enjoying the city life lately as Kourtney and her sister Kim Kardashian film Kourtney and Kim Take New York in the Big Apple.

While mom Kourtney shoots her E! series and opens up an East Coast Dash boutique, Mason stays just as busy. "I took Mason to music class," she wrote. "Because Halloween is coming up this week, all the kids dressed up, which was so adorable." Mason dressed up in a Pottery Barn spider costume.

And it sounds like he isn't complaining. "Mason is loving music class... It's so nice to see him interacting with different children."





Anak Krakatau pula 'mengamuk'


Gunung berapi mula muntahkan batu, pasir serta abu panas beracun

JAKARTA: Selepas Gunung Merapi meletus minggu lalu, sebuah lagi gunung berapi di Indonesia, Gunung Anak Krakatau, dilaporkan semakin aktif memuntahkan batu, pasir dan abu panas beracun.

Ah ah...makbed...............

Ngee.. sibuk skrg tgh cuba buat contest Nini D
(Korang dijemput turut serta....- Harap Maklum!)
Kalau segan nak masuk, nanti dah siap entry, lulu tag...

Wah hadiah bukan main lumayan..
Sila ke blog beliau untuk keterangan lebih lanjut yer..

Bila sibuk google cari ilham..
Terjumpa template ni..


Cemburu kehadiran adik

PERNAHKAH anda perhatikan sifat anak pertama yang berubah selepas kelahiran anak kedua?
Kebiasaannya sifat anak pertama itu akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Kadangkala perkara yang sedikit saja menyebabkan dia menangis.



Tom Cruise panjat Burj Khalifa


DUBAI - Pelakon kacak Holywood, Tom Cruise dilihat menuruni dan memanjat dari tingkat 120 hingga 134 bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor sebuah akhbar semalam.
Cruise yang dilengkapi dengan tali dan abah-abah, memanjat Burj Khalifa pada minggu lalu dalam satu adegan lagak ngeri filem terbarunya, Mission Impossible: Ghost Protocol yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.

Aksi pelakon tersebut mengejutkan sejumlah orang yang berada di sekitar bangunan setinggi 828 meter dan mempunyai 160 tingkat itu pada minggu lalu.


P/S - Lulu....nak tengok gambar burj khalifah...jeng jeng...[klik sini]

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan


CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.
"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.
Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.
"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!