Showing posts with label Artis Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Artis Luar Negara. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

Artis undang kontroversi selepas bergambar bogel bersebelahan rangka mayat bapa



Artis undang kontroversi selepas bergambar bogel bersebelahan rangka mayat bapa | SEORANG artis di China mengundang kontroversi apabila bergambar secara bogel bersebelahan rangka mayat bapanya yang digali semula dari kubur. Siyuan Zhuji, 33, dari Beijing melakukan perbuatan itu untuk sebuah sesi fotografi. Dia memuat naik foto berkenaan ke laman web Artand dan Weibo pada Sabtu. Foto itu pantas menerima kecaman ramai yang menyifatkan pemuda itu tidak tahu malu dan biadab. Sesi fotografi itu berlangsung pada hujung Mac, lapor Beijing News.

Siyuan atau nama sebenarnya Si Lulu mendedahkan, di baru berusia tiga tahun sewaktu bapanya meninggal dunia akibat kanser hati. "Ia perasaan yang hebat. Ini yang paling dekat saya pernah bersama dengan ayah. "Saya meluahkan perasaan kepada dia dengan cara saya yang tersendiri. "Saya memang mahu berbogel kerana ia cara kita datang dan tinggalkan dunia ini," ujarnya. Selepas foto itu tular, akaun Siyuan di laman Weibo digantung serta merta. - Daily Mail.





.

Sunday, January 20, 2019

Krisdayanti undang kecaman netizen apabila membuat perkongsian gambar #10yearschallenge



Krisdayanti undang kecaman netizen apabila membuat perkongsian gambar #10yearschallenge  | TINDAKAN penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti memuat naik gambar cabaran #10yearschallenge bersama suami, Raul Lemos nampaknya mengundang padah. Ini kerana netizen mendakwa gambar diambil Krisdayanti bersama Raul pada 2009, penyanyi lagu Menghitung Hari itu masih bergelar isteri kepada Anang Hermansyah. Menerusi kapsyen gambar tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu memberitahu foto pertama itu dirakamkan ketika mereka bercuti di Hong Kong."Yeay, Alhamdulillah dapat menyertai #10yearchallenge, untuk kami foto ini mempunyai banyak kenangan.

"Tentang 10 tahun kami bersama, yang kiri kami nampak lebih kurus dan ternyata selepas 10 tahun kami kembali mengambil gambar di kota yang sama," tulisnya. Krisdayanti berkahwin dengan Anang 22 Ogos 1996 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 22 Oktober 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah, 21 dan Azriel Akbar Hermansyah, 19 tahun. Penyanyi itu kemudiannya berkahwin dengan Raul pada 20 Mac 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariannha Amora Lemos, 8 tahun dan Kellen Alexander Lemos, 7 tahun. - Liputan6




.

Tuesday, December 25, 2018

Ifan Seventeen cerita detik tragedi dibawa arus tsunami yang akhirnya mengorbankan ahli kumpulan dan isterinya



Ifan Seventeen cerita detik tragedi dibawa arus tsunami yang akhirnya mengorbankan ahli kumpulan dan isterinya | TSUNAMI yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu mengorbankan banyak nyawa termasuk tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten. Bagaimanapun vokalisnya, Ifan atau Riefan Fajarsyah, 35, terselamat dalam bencana alam itu namun isteri penyanyi itu, Dylan Sahara ditemui mati. Menceritakan detik cemas tersebut, Ifan memberitahu ombak yang tiba-tiba menghempas ketika mereka sedang menyampaikan lagu kedua menyebabkan dia dan rakan-rakan serta pengunjung ditarik ke laut dalam gelombang besar itu."Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, keududkan pentas membelakangi pantai dan kami kurang mendengar bunyi air kerana mungkin bunyi muzik kuat.


"Saya sendiri terlempar ke tengah laut dan saya dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 mayat. "Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tapi yang pasti selama dua jam saya terapung-apung di laut namun akhrinya berjaya mengapai sebuah kotak untuk berpaut," ujarnya ketika ditemuramah TvOne. Tambah Ifan, bagi menyelamatkan diri, dia berusaha menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai yang sedang panik sehingga dia berjaya naik ke darat. "Saya berusaha lari daripada kerumunan dan selang beberapa minit suasana menjadi sepi... Ternyata mangsa lain sudah meninggal dunia. "Saya sendiri selamat Alhamdulillah, cuma luka-luka," tambahnya.Ifan dan kumpulannya menjadi artis yang membuat persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten yang dihadiri kira-kira 260 tetamu.


Katanya kira-kira 70 peratus tetamu dibawa arus ke daratan dan semuanya selamat. Manakala, dia bersama 30 peratus tetamu yang lain dihanyutkan ke laut dan sebahagian besarnya meninggal dunia. Dalam pada itu, ketika berjaya sampai ke daratan dia terus mencari isteri serta anggota Seveneteen namun terkejut apabila menemui mayat pemain bass, M Awal Purbani atau Bani, dan pengurus mereka, Oki Wijaya. Pada malam Isnin pula, selepas dua hari mencari, Ifan mengesahkan isterinya yang hilang dalam kejadian itu meninggal dunia. Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain dram Seventeen iaitu Andi turut terkorban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia. Mereka termasuk Bani (pemain bes), Herman (gitaris) termasuk kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya. -AP




.

Monday, December 17, 2018

Ratu Cantik Filipina Catriona Gray dinobatkan Miss Universe 2018



Ratu Cantik Filipina Catriona Gray dinobatkan Miss Universe 2018  | Wakil Filipina, Catriona Gray dinobat gelaran Miss Universe 2018. Gray, 24, menerima mahkota Miss Universe 2018 daripada penyandang tahun lalu, Demi-Leigh Nel-Peters dari Afrika Selatan. Majlis yang disertai wakil 91 negara seluruh dunia itu berlangsung di Impact Arena, Bangkok pada Isnin. Dua lagi peserta yang mendapat tempat kedua dan ketiga adalah Ratu Cantik Afrika Selatan dan wakil Venezuela. Pelawak, Steve Harvey dan supermodel, Ashley Graham adalah hos majlis berkenaan, manakala penyanyi Amerika Syarikat, Ne-Yo mengadakan persembahan.

 Kemenangan Gray meletakkan dirinya sebagai wakil keempat Filipina yang memenangi gelaran itu dibelakang Pia Wurtzbach pada 2015, Margie Moran (1973) dan pada 1969 iaitu Gloria Diaz. -AP




.

Sunday, October 14, 2018

Bintang filem terkenal ini hidup sederhana walaupun terlalu kaya


Bintang filem terkenal ini hidup sederhana walaupun terlalu kaya | Memang berharta namun sudah jadi perangai tuan punya badan untuk berjimat-cermat! Siapa sangka bintang filem Hong Kong, Chow Yun-Fat, 63 tahun selesa mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Beliau dilaporkan lebih gemar menikmati makanan di gerai dan menggunakan telefon bimbit yang sama lebih 17 tahun!Baru-baru ini, isteri beliau Jasmine Tan mendedahkan suaminya yang cukup sinonim dengan filem, 'Crouching Tiger Hidden Dragon’ itu baharu sahaja dapat menukar telefon bimbitnya kepada sebuah telefon pintar selepas yang lama rosak. Bernilai lebih RM2.97 bilion, Chow masih menganggap dirinya sebagai individu biasa.


Sering dilihat menaiki kenderaan awam dengan memakai pakaian lama, Chow pernah dilaporkan berkata pakaian bukan untuk menunjuk-nunjuk, namun memadai dengan keselesaan bila memakai. -AP



#chowYunFat #JasmineTan #HongKong #CrouchingTigerHiddenDragon #pelakonhollywood #gayahidup #ManintheNet





.

Tuesday, August 28, 2018

Wanita jadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun



Wanita jadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun | SEORANG pereka fesyen warga Taiwan, Lure Hsu tiba-tiba menjadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun. Wanita itu dipuji kerana memiliki kulit wajah berseri persis gadis berusia 23 tahun. Lure turut berkongsi tips kecantikannya dengan netizen. Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat dan sering bersenam agar kekal sihat dan cergas. Dalam satu temubual bersama sebuah majalah di Taiwan, Jumaat lalu, Lure berkata masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita boleh diatasi dengan menggunakan krim pelembap lebih kerap.


Kecantikan asli yang dimiliki Lure menyebabkan dia kini memiliki seramai 714,000 pengikut di Instagram. Untuk mengelak daripada terkena sunburn, Lure berkata dia akan menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Malah, Lure turut mengambil suplemen seperti Vitamin C dan kolagen. Bintang sensasi Internet itu turut berkata dia akan memulakan harinya dengan minum secawan kopi tanpa gula. Dia mendakwa amalan itu membantu menaikkan seri wajahnya. -AP



#awetmuda


.

Wednesday, July 25, 2018

Penyanyi terkenal ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan




Penyanyi terkenal ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan | Bekas bintang Disney, Demi Lovato, 25, dikejarkan di sebuah hospital di sini, semalam, dipercayai selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles mengesahkan kepada AFP, bahawa seorang wanita dibawa ke hospital selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman yang disyaki milik Lovato, tetapi enggan mendedahkan nama dan keadaan mangsa. Laman berita selebriti TMZ turut menerbitkan rakaman audio satu panggilan kecemasan membabitkan seorang pemanggil yang dilapor memaklumkan Lovato berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun, beliau berjaya disedarkan selepas dirawat dengan Narcan, iaitu sejenis alat semburan bagi merawat individu yang mengambil dadah berlebihan.


Majalah People yang memetik sumber yang rapat dengan Lovato berkata, penyanyi itu berada dalam keadaan stabil dan dadah yang disyaki diambil bukan heroin, seperti yang dilaporkan oleh TMZ. Sementara itu, wakil Lovato enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. Sebelum ini, Lovato pernah mendedahkan mengenai masalah yang dihadapinya, termasuk bagi menangani ketagihan dadah, kemurungan dan gangguan pemakanan. - AFP





#penyanyiterkenal #pengsan #tidaksedarkandiri #pengambilandadahberlebihan




.

Friday, July 6, 2018

Kecoh anak dan cucu bergaduh ketika pengebumian bapa Michael Jackson, Joe Jackson


Kecoh anak dan cucu bergaduh ketika pengebumian bapa Michael Jackson, Joe Jackson  | KELUARGA besar mendiang Joe Jackson berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada ayah raja pop Michael Jackson yang meninggal dunia akibat penyakit kanser pankreas 28 Jun lalu. Bagaimanapun, majlis pengebumian itu telah mencetuskan situasi tegang apabila berlaku perselisihan faham antara anaknya Janet Jackson dengan cucunya Paris Jackson.Menurut sumber, Paris menuduh Janet tidak menjaga mendiang dengan baik pada hari-hari terakhirnya. Kedua-duanya juga dikatakan bertengkar mengenai pembiayaan majlis pengebumian itu. Paris yang kini merupakan seorang model menawarkan untuk membiayai majlis berkenaan, namun ditolak oleh Janet.



Disebabkan perkara itu, Paris membuat keputusan untuk tidak hadir pada majlis berkenaan.




#majlispengebumian #joejackson #kanserpankreas




.

Wednesday, June 27, 2018

Kehadiran anak sulung David Beckham disamping ibunya dalam Minggu Fesyen Paris menarik perhatian ramai



Kehadiran anak sulung David Beckham disamping ibunya dalam Minggu Fesyen Paris menarik perhatian ramai | PENYANYI dan pereka fesyen Victoria Beckham menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulungnya, Brooklyn Beckham pada Sabtu lalu sehari selepas dia menyangkal dakwaan bakal bercerai dengan David Beckham. "Terima kasih Brooklyn kerana menjadi teman saya hari ini," tulis Victoria di Instagram. Victoria yang juga ibu kepada tiga lagi cahaya mata iaitu Romeo, 15, Cruz, 13, dan Harper, 6, menggayakan blaus berwarna biru dipadankan dengan seluar merah manakala Brooklyn tampil dengan gaya streetwear pada acara itu.Sebelum ini, Victoria secara terbuka memberitahu bukan mudah untuknya membahagikan masa sebagai seorang ibu, isteri dan kariernya namun dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. "Ia bukan mudah untuk menjadi ibu dan isteri terbaik," katanya. -AP





#davidbeckham #perekafesyen #victoriabeckham



.

Sunday, June 10, 2018

Pelakon Kareena Kapoor jadi bualan hanya disebabkan baju-T yang dipakainya


Pelakon Kareena Kapoor jadi bualan hanya disebabkan baju-T yang dipakainya | Kareena Kapoor memang terkenal dengan penampilan glamornya di khalayak umum. Walaupun sekadar mengenakan baju-T dengan jean, namun aktres Bollywood itu tetap berbeza daripada orang lain. Ini kerana, baju-T yang dipakai Kareena bukan daripada baju-T yang biasa-biasa harganya. Salah satu daripadanya adalah baju-T berwarna merah jambu yang digayakan olehnya baru-baru ini. Menurut Bollywoodlife.com, baju daripada jenama Givenchy itu dikhabarkan bernilai Rs36,000 (RM2,138). Sedangkan rekaan baju dengan hiasan bintang itu kelihatan biasa bagi mereka yang tidak mengenali jenama mewah tersebut. -AP





#kareenakapoor



.

Wednesday, May 23, 2018

Selepas Putera Harry kahwin, sepupunya pula tarik perhatian ramai



Selepas Putera Harry kahwin, sepupunya pula tarik perhatian ramai | SELEPAS Putera Harry mendirikan rumah tangga dengan permaisuri hatinya, Meghan Markle pada Sabtu, tumpuan para wanita kini beralih kepada sepupu Duke of Sussex iaitu Louis Spencer (gambar). Louis Spencer atau Louis Frederick John Spencer, Viscount Althorp ialah anak kepada Charles Spencer yang merupakan Earl Spencer kesembilan dan juga abang kepada Puteri Diana. Secara teknikalnya, Louis bukanlah seorang kerabat diraja, namun dia seorang aristokrat dan sepupu kepada Putera Harry serta bakal mewarisi rumah agam yang memiliki 90 bilik yang dipanggil Estet Althorp. Kehadirannya disedari ketika menghadiri perkahwinan tersebut di Istana Windsor, beliau hadir bersama keluarganya.Louis ialah antara 200 tetamu yang bertuah untuk ke 'after party' perkahwinan Putera Harry di Rumah Frogmore.


Pemuda berusia 24 tahun itu merupakan graduan dari Edinburgh dan menurut sumber yang belajar di sana, penampilan Louis disifatkan sebagai sangat menarik dan pernah memiliki teman wanita ketika masih bergelar mahasiswa. Namun, berita baik adalah beliau kini berstatus solo dan anda mungkin boleh mencarinya di laman aplikasi temu janji, Bumble jika anda berpusat di London, United Kingdom. Menurut laporan The Tab UK, Louis merupakan sepupu Putera William dan Putera Harry, dan mereka bertiga sangat rapat. Louis membesar di Cape Town, Afrika Selatan dan Putera Harry akan melawatnya di sana jika berkunjung ke bandar itu. Keluarga Spencer adalah antara keluarga aristokrat yang popular di UK. Dua daripada anggota keluarga itu ialah bekas perdana menteri Britain ketika Perang Dunia Kedua iaitu Sir Winston Churchill dan Puteri Wales, Puteri Diana. Impian untuk mengenali jejaka ini lebih dekat mungkin sukar kerana beliau tidak mempunyai sebarang laman sosial, kecuali kakaknya, Kitty. Sekali-sekala, Kitty, 27, akan memuat naik gambar Louis.



#puteraharry #alamperkahwinan #louisspencer



.

Thursday, May 3, 2018

Suami Kim Kardashian, Kanye West terpaksa buat pembedahan buang lemak kerana gemuk



Suami Kim Kardashian, Kanye West terpaksa buat pembedahan buang lemak kerana gemuk | PENYANYI rap Kanye West membuat pendedahan mengejut apabila memberitahu dia ketagih terhadap pil tahan sakit dikenali sebagai opioids selepas melakukan pembedahan sedut lemak. Kanye yang bercakap secara eksklusif kepadaTMZ memberitahu dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu kerana tidak mahu dipanggil gemuk seperti mana terjadi kepada adik iparnya, Rob Kardashian yang mengalami masalah berat badan melampau. "Saya buat pembedahan itu kerana anda! Saya tidak mahu anda panggil saya gemuk seperti mana terjadi kepada Rob sehingga dia melarikan diri sebelum hari perkahwinan saya dan Kim.


"Sebab itu saya mahu dibedah dan sejak itu saya diberi ubat tahan sakit yang saya ambil dua biji sehari dan saya kini ketagih terhadapnya," dedahnya. Pada 2007, ibu Kanye meninggal dunia selepas mengalami komplikasi ketika melakukan pembedahan plastik termasuk sedut lemak. Dedah suami Kim Kardashian itu lagi, dia mula tersedar tentang bahaya pengambilan ubat tersebut selepas ditegur oleh seseorang yang memberitahu ubat itu boleh membunuhnya.


Bagaimanapun kata Kanye, penyesalannya itu sudah terlambat apabila ketika dia mendapatkan rawatan doktor memberinya lebih banyak ubat berikutan kesan pengambilan ubat tahan sakit itu. "Saya dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun dari dua biji ubat yang perlu saya makan sekarang sudah menjadi tujuh. Sementara itu, Kanye turut mengakui keputusannya berhenti daripad menggunakan laman sosial kerana masalah kesihatan dialaminya. Pada November 2016, Kanye mengejutkan peminat apabila membatalkan konsert jelajahnya selepas dia dimasukkan ke hospital. -AFP



#KanyeWest #masalahkegemukkan




.

Friday, February 13, 2015

Bapa Tiri Kim Kardashian Dedah Nama Wanitanya Selepas Proses Tukar Jantina?



Bapa Tiri Kim Kardashian Dedah Nama Wanitanya Selepas Proses Tukar Jantina? | BAPA tiri Kim Kardashian iaitu Bruce Jenner dilaporkan bakal mendedahkan nama barunya iaitu nama seorang wanita. Bruce yang kini dalam proses transisi untuk menukar personaliti kepada wanita membuat pengumuman itu dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen. Nama yang dimaksudkan tidak diketahui umum namun sumber memberi tahu majalah US Weekly sama ada dia mahu menggunakan nama Brigitte atau Belinda.

 Sumber turut berkata, dalam temubual yang dilakukan, Bruce, 65, hadir tanpa memakai solekan - sesuatu yang lazim dilakukan bagi mereka yang mahu menukar imej wanita. Bagaimanapun sumber lain memaklumkan Bruce menunda usaha untuk melakukan peralihan itu selepas terlibat dengan kemalangan kereta minggu lalu sehingga menyebabkan jiranya iaitu Kim Howe maut. Bruce ketika ini dilaporkan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan terhadap kemalangan berkenaan. -AP





.

Walau beza agama, pasangan suami isteri seniman terkenal ini kekal bersama sehingga ke akhir hayat


Perbezaan agama antara seniman Rinto Harahap dan isterinya, Lily Kuslolita tidak menghalang pasangan itu untuk kekal bersama sejak berumah tangga hingga ke akhir hayat. Justeru, ketika jenazah Rinto terbaring di dalam keranda, isterinya tanpa teragak-agak melakukan solat di sisi. Rinto lahir di Sibolga, Sumatera Utara pada Mac 1949 dan pernah popular sebagai pemuzik, penyanyi dan pencipta lagu.

Mendiang adalah seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an. Dia meninggal dunia di Singapura akibat barah tulang pada 9 Februari lalu. Rinto berusia 65 tahun. Sepanjang hidupnya, dia kekal beragama Kristian Protestan, manakala Lily beragama Islam. Hasil perkahwinan beza agama itu, mereka dikurniai tiga orang anak, iaitu Cindy Claudia Harahap, Ratna Harahap dan Astri Maria Harahap.

Media Indonesia melaporkan, Lily lengkap bertelekung melakukan solat di sebelah jenazah Rinto sebelum dikebumikan menurut kepercayaan Kristian di Tanah Perkuburan Kampung Kandang. Menurut media, anak pasangan itu, Cindy memeluk Islam ketika menuntut di Australia pada 1991. Jenazah pencipta lagu Gelas-Gelas Kaca itu tiba di Indonesia pada malam Selasa.



.

Monday, February 9, 2015

Pelakon terkenal, Johny Depp diserang haiwan mistik?



Pelakon terkenal, Johny Depp diserang haiwan mistik? | BINTANG filem Lone Ranger ini akhirnya mendedahkan sebab mengapa dia tidak hadir di sebuah sidang media yang diadakan di Tokyo baru-baru ini. Kata Johny Depp, dia sebenarnya terlibat dengan insiden yang hampir meragut nyawanya. "Saya telah diserang seekor binatang buas yang menyebabkan saya terpaksa bertarung beberapa jam dengan haiwan tersebut. "Bagaimanapun saya lega kerana berjaya menyelamatkan diri," katanya. Difahamkan aktor ini diserang sejenis haiwan mistik yang dikenali sebagai Chupacabra. Malah haiwan jenis itu pernah dilaporkan mengganas di Barat. -AP




.

Sunday, February 8, 2015

Media mendedahkan rupa sebenar Michael Jackson kini jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan kosmetik



Media mendedahkan rupa sebenar Michael Jackson kini jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan kosmetik | Asalnya cuma satu prosedur untuk mecantikkan hidung, namun legenda pop Michael Jackson kemudian menghabiskan 30 tahun usianya melakukan lebih 100 pembedahan kosmetik ‘membetulkan’ wajah yang akhirnya semakin jauh daripada yang asal. Ada yang berpendapat dia mahu kelihatan seperti sahabat dan idolanya, Diana Ross, tetapi tidak kurang juga rakannya menganggap Jackson sekadar tidak ingin menyerupai ayah yang dibencinya.

WAJAH asal Jackson (kiri) dan pada 2009. Gambar kanan, jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan

Semuanya didedahkan dalam dokumentari baru mengenai obsesi Jackson untuk mengubah wajahnya kerana dipercayai menghidap sindrom ‘body dysmorphic disorder’ (gangguan dismorfia badan). Ia memaparkan wajah Jackson sekiranya masih hidup hari ini tanpa melalui sebarang pembedahan kosmetik. Malangnya, pada saat kematian pada 2009 identiti Jackson seolah-olah terus lenyap termasuk sebagai lelaki berketurunan Afrika Amerika. - Agensi



.

Wednesday, February 4, 2015

Mungkinkah anak perempuan Whitney Houston bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang ibunya?



Mungkinkah anak perempuan Whitney Houston bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang ibunya? | Anak perempuan Whitney Houston pengsan dalam tab mandi di rumahnya pada Sabtu, mengimbas kematian tragis ibunya tiga tahun lalu. Jurucakap Polis Bahagian Roswell, Lisa Hollan, melaporkan Bobbi Kristina Brown, 21, ditemui suami dan rakannya dalam rumah di Roswell, kira-kira 35 kilometer di utara Atlanta. “Beliau masih hidup dan bernafas buat masa ini, seperti yang dimaklumkan kepada saya,” kata Lisa dalam satu sidang media.

Beliau berkata pasukan penyiasat masih di lokasi kejadian dan juga di hospital. Portal hiburan TMZ.com melaporkan suami Bobbi, Nick Gordon dan kawannya telah melakukan CPR ketika kejadian berlaku. Bantuan kecemasan juga telah dihubungi sebelum Bobbi dikejarkan ke Hospital North Fulton untuk rawatan. TMZ juga melaporkan sumber terdekat dengan keluarga berkata, Bobbi berada dalam keadaan koma berikutan bengkak pada otak. Diva muzik soul Whitney Houston meninggal pada Februari 2012 apabila dia ditemui mati di tab mandinya di Hotel Bervely Hilton, Los Angeles pada malam tahunan acara gemilang Anugerah Grammy.

Koroner menyimpulkan kes kematian itu sebagai lemas dengan penggunaan kokain dan serangan jantung turut menjadi penyumbang kepada kes itu. Pelbagai jenis minuman keras turut ditemui di bilik hotel penyanyi itu dan 12 jenis ubat yang diberikan doktor, termasuklah ubat penenang Xanax. Penyanyi lagu I Will Always Love You telah menjual lebih 170 juta album dalam tempoh 30 tahun kerjayanya sebagai penyanyi dalam masa yang sama berjuang melawan penyalahgunaan dadah. -AP




.

Thursday, January 29, 2015

Kim Kardashian akui bapa tiri, Bruce Jenner bakal menukar jantinanya kepada wanita


Kim Kardashian akui bapa tiri, Bruce Jenner bakal menukar jantinanya kepada wanita | BINTANG realiti Kim Kardashian tampil mempertahankan bapa tirinya iaitu Bruce Jenner berhubung laporan mengatakan bekas atlet itu bakal menukar jantinanya kepada wanita. Kim menerusi laporan E! Online bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan menjelaskan adalah lebih baik perkara itu datang daripada mulut lelaki itu sendiri. Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.


"Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya," kata Kim. Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat. Selain menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya, Bruce mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.

Saturday, January 24, 2015

Selena Gomez jumpa ‘bomoh’ untuk bantu dia lupakan bekas kekasih, Justin Bieber



Selena Gomez jumpa ‘bomoh’ untuk bantu dia lupakan bekas kekasih, Justin Bieber | Penyanyi pop terkenal, Selena Gomez dilaporkan mendapatkan khidmat psikik bagi membantu dia melupakan bekas kekasihnya, Justin Bieber, baru-baru ini. Menurut laman web femalefirst.co.uk, penyanyi berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya, Oktober tahun lalu selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun.

Gomez kemudian mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar psikik. Menurutnya, khidmat psikik itu sangat luar biasa kerana menggunakan kuasa ajaib dan dia kini menjalani sesi tersebut pada setiap minggu. Bagaimanapun, lokasi khidmat psikik yang dijalani penyanyi muda itu tidak dinyatakan. Gomez sebelum ini, dilihat bercuti dengan DJ Zedd, yang merupakan penerbit muzik di parti anugerah Golden Globe baru-baru ini, teruja selepas pakar psikik itu meramalkan penyanyi Who Says itu akan menemui cinta sejati tidak lama lagi.

Satu sumber memberitahu majalah OK!, pakar psikik berkata, Gomez akan menemui cinta baharu pada musim panas tidak lama lagi. Sebelum ini, Gomez mengakui dia masih menyintai Bieber walaupun berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang mereka bercinta. “Saya sentiasa menyokong dia dan tidak mahu perkara buruk berlaku kepadanya,” ujarnya. -AP




.

Thursday, January 15, 2015

Penyanyi terkenal dedah rahsia nyaris maut kerana gugurkan kandungan



Penyanyi terkenal dedah rahsia nyaris maut kerana gugurkan kandungan  | PENYANYI Nicki Minaj mendedahkan dia nyaris maut selepas cubaannya menggugurkan kandungan ketika di zaman remaja. Menurut laporan Rolling Stone, keadaan itu masih lagi menghantui dirinya sehingga kini apatah lagi dia masih muda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya pada waktu itu. "Ingatkan saya dah nak mati apabila cuba menggugurkan sendiri kandungan. Ia adalah saat-saat yang amat berat dalam hidup yang pernah dilalui.


"Apatah lagi mental dan fizikal saya belum bersedia untuk mempunyai anak. Ia turut mempengaruhi kehidupan saya selepas itu" katanya. Tambah pelantun lagu Anaconda ini, walaupun ia membuatkan dia merasakan menjadi seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, namun dia percaya sesebuah pengalaman buruk boleh dijadikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang. "Ia membuatkan saya lebih matang dalam membuat sesebuah keputusan," ujarnya. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!