Bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat pelancong warga Ireland yang menjadi mangsa serangan dua ekor anjing di Teluk Bahang dekat sini kelmarin mendapati terdapat kira-kira 50 kesan gigitan di seluruh badannya.
Mangsa, Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland, mengalami kecederaan teruk akibat gigitan gigi tajam anjing baka Mongrel terbabit menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
Sebelah telinga mangsa yang terputus juga berjaya ditemui beberapa meter dari tempat dia diserang.
PEMILIK anjing, Joseph Teoh membawa salah seekor daripada dua ekor anjing miliknya untuk diserahkan kepada Jabatan Veterinar semalam |
Pakar Patalogi Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, mangsa juga kehilangan banyak darah akibat kedua-dua belah telinganya putus selepas digigit kedua-dua ekor anjing tersebut.
“Bedah siasat bermula pukul 10 pagi tadi (semalam) dan berakhir empat jam kemudian, semuanya berjalan lancar dan kita akan kemukakan laporan penuh kepada pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
.
4 Penyokong CHELSEA:
anjing baka ni sama le ganas nya ngan rotweiler tu. bila dtg gila isim, jadi camni ah.
suka german shephard. ensem~
siankan pelancong tu...
@Makbed Bukan bulldog ke yg ensem? ngee
@Dim Benihana itulah..GF dia sian trauma
Post a Comment