Tuesday, January 18, 2011

Ada tikus


Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam.

Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai.



Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair.

Kucing itu mati pada 2006.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Akmall Razlan on January 18, 2011 at 2:23 PM said...

ini bermaksud...tikus pun nk masuk tv..kan umat tikus..hahahah....kot2 lah.tikut tu masuk sekali dalam admin Britain...

Akmall Razlan on January 18, 2011 at 2:24 PM said...

admin Britain sekarang kena bela kcing lah...hahah...

mie on January 18, 2011 at 3:19 PM said...

uiihh!!
besor tikus tu..
eheheee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!