Penduduk Padang dikejutkankan dengan peristiwa aneh di Kelurahan Batipuh Panjang, Kecamatan Koto Tangah, Kota Padang Sumatera Barat. Ini adalah kerana seorang datuk berusia 75 tahun yang sudah dikebumi boleh hidup kembali.
Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada hari sabtu 15 Januari lalu, namun pada hari isnin 16 Januari tiba-tiba dia pulang ke rumah.
Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh jirannya. Keluarganya yang sedang mempersiapkan kenduri kematian terus lari ketakutan melihat datuk itu yang pulang dihantar jiran.
Afrizon (35), anak Faizal yang disangka sudah meninggal itu bercerita, ketika ayahnya pulang, orang yang datang ke rumah ingin menyiapkan kenduri bersamaa, terus berlarian ketakutan.
“Mereka takut kerana ayah kan sudah dikebumikan tiga hari lalu,” katanya melihat tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah.
Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat yang tidak dikenali di ruang mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemui Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.
“Saya melihat langsung gambar mayat itu seiras bapak saya, dan pada Sabtu itu kira-kira 02.00 petang, saya datang ke hospital itu dan mengenalpasti keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapa saya,” ceritanya.
Ciri-ciri yang menyakinkan seiras dengan bapanya itu, iaitu disebelah pipi kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertancap dan sudah bersatu dengan dagingnya.
Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada parut pembedahan. “Begitu juga wajahnya dan rambutnya seiras dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapa saya,” katanya.
Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemui polis itu, kemudian pada hari sabtu Afrizon bersama saudara lain kembali ke hospital itu untuk mengenalpasti sekali lagi dan mereka mengesahkan itu bapa mereka.
“ Mayat dimandikan dan langsung dikafankan serta dibawa ke rumah. Mayat yang sudah sampai di rumah langsung dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah,” ulasnya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment