Monday, January 24, 2011

Dipenjara 12 tahun


Bapa lapan anak turut kena sebat rogol murid pada 2006

KOTA BHARU: Seorang guru sekolah dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol muridnya pada 2006.

Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun dua bulan di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, Tanah Merah, iaitu rumah ibu tertuduh, pada waktu tengahari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh yang berasal dari Tanah Merah dekat sini, didakwa merogol mangsa di sebuah resort di Melawi, Bachok, pada waktu pagi, 8 September 2006.

Hakim Zainal L Saleh kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan bagi tuduhan pertama, manakala tuduhan kedua dikenakan hukuman penjara 12 tahun dengan semua hukuman berjalan serentak bermula semalam.


Bagaimanapun, Mohd Saidi dilepaskan atas tuduhan ketiga iaitu merogol murid sama di sebuah hotel di Jalan Sultan Hishammuddin, Kuala Lumpur, antara jam 11.30 malam hingga 12 malam, pada 12 September 2006.

Dia dibebaskan selepas mempunyai alibi iaitu tidak berada di tempat kejadian ketika itu.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Mohd Saidi yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Zainal berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan tetapi hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan dan Aminuddin Ahmad.

Zainal kemudian membenarkan permohonan Mohd Saidi supaya hukuman terhadapnya ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!