Sekumpulan pelancong Jerman yang terpaksa duduk di atas bumbung sebuah kenderaan yang terperangkap dalam banjir di kawasan sarang buaya di Taman Negara Kakadu, utara Australia dilabel sebagai bodoh, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis menyatakan empat pelancong Jerman itu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita menyewa sebuah kereta pacuan empat roda yang tersangkut di dalam banjir sedalam satu meter di sebatang jalan raya di taman tersebut kelmarin.
Mereka terpaksa duduk di atas bumbung kenderaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa buaya kerana ia terletak di kawasan sarang haiwan itu.
"Saya ingin menyatakan bahawa mereka (pelancong itu) adalah bodoh kerana cuba untuk menyeberangi air banjir dengan tidak menghiraukan amaran daripada penduduk tempatan dan pelancong lain," kata seorang pegawai polis.
Pelancong itu diselamatkan oleh polis yang menghantar sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas 30 minit memperoleh maklumat daripada orang awam.
.
1 Penyokong CHELSEA:
bAhaya sungguh dia ni... berani mati betul... sarang buaya tu bukan sarang biawak
Post a Comment