Thursday, January 20, 2011


Entah apa puncanya, sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin bertikam lidah dan saling jerit-menjerit antara satu sama lain.

Suami yang merupakan seorang ahli perniagaan kemudian hilang sabar lalu meminta wanita itu supaya 'pergi mati'.

Ungkapan itu mengguris hati isterinya yang kemudian bertindak memanjat balkoni rumah mereka di tingkat 17, Kondominium Vista Amani, Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini untuk membunuh diri.

Mujurlah perbuatannya dilihat oleh pembantu rumah dan suaminya lalu segera memujuknya agar membatalkan hasrat tersebut.

Pembantu rumahnya yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia bekerja membersih rumah pasangan suami isteri yang baru berkahwin itu secara sambilan iaitu dua atau tiga kali seminggu.

"Apabila tiba di rumah pasangan ini pada pukul 12 tengah hari, saya mendapati mereka sedang bergaduh.

"Tidak lama selepas itu, saya terkejut melihat majikan wanita saya berlari memanjat balkoni dan mahu terjun membunuh diri," katanya.

Katanya, dia dan suami wanita terbabit segera memujuk mangsa agar membatalkan niatnya itu dan pada masa sama menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran agar menghubungi polis.

Tidak lama kemudian, katanya, polis bersama sepasukan anggota bomba sukarela datang ke tempat kejadian.

"Setelah dipujuk oleh polis, mangsa yang kembali tenang bersetuju membatalkan hasrat membunuh diri," katanya.



P/S - Gambar hiasan..



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!