Tuesday, January 18, 2011

'Ikan Duyung' Gegarkan Kepulauan Selayar


Warga Dusun Tongke-Tongke, Desa Lowa, Kecamatan Bontosikuyu, Kabupaten Kepulauan Selayar, Sulawesi-Selatan, mendadak gempar. Ini adalah kerana, mereka telah menemui seekor makhluk laut sejenis ikan yang diyakini penduduk tempatan merupakan penjelmaan manusia dan haiwan laut. Para nelayan di situ yakin ianya adalah seekor 'ikan duyung'.

Haiwan berkelamin betina ini ditemui penduduk Dusun Tongke-Tongke bernama Juma Ali (40), terdampar di pesisir pantai Bala-Bala Desa Lowa. Ketika sebelum ditemui, makhluk laut yang disebut-sebut penduduk, asalnya merupakan seorang manusia berasal dari Kota Kendari yang dikutuk sihir ini, sukar untuk bernafas.


Belum jelas, apa sebetulnya makhluk aneh ini.

Ketika ditemui, tubuh haiwan laut tersebut telah diseluputi sejumlah gomi--sejenis lintah penghisap darah--sebesar tapak tangan orang dewasa. Juma Ali dapat menanggalkan lintah-lintah laut itu.
Setelah itu, Juma Ali telah cuba mengembalikan haiwan langka itu ke laut. Akan tetapi, 'ikan duyung' ini seperti tidak mahu dan meronta-ronta. Juma Ali lalu memutuskan untuk memeliharanya. Seutas tali diikatkannya di bahagian ekor. Tujuannya: sebagai tolak bala, untuk menghindarkan Dusun Tongke-tongke dari hentaman badai dan gelombang pasang yang sering melanda sejak akhir-akhir ini.

Sejak menemui haiwan pemakan rumput laut itu, Juma Ali jadi sibuk. Dia nyaris tidak lagi dapat melaksanakan aktiviti rutinnya.
Tiap hari, dia harus memenuhi permintaan penduduk tempatan dan juga petugas dari kerajaan tempatan yang datang ke situ untuk sekadar menyaksikan dan mengabadikan gambar ikan langka ini.

Juma Ali tidak suka kerana, mereka yang datang berkunjung, tidak menghulurkan rupiah ke poket Juma Ali. Lalu Juma Ali, kadang-kadang seperti terpaksa harus untuk melayan permintaan penonton, gigit jari menahan geram. (Ow dia nak jadikan binatang tu circus..)

Memasuki hari keenam makhluk aneh itu ditemui, berbagai cerita mistik dan dongeng semakin menyebar ke pelusuk kampung. Ada yang berkata 'ikan duyung' itu seperti selalu malu-malu kucing jika didekati lelaki. Yang lain lagi berkisah haiwan itu selalu menangis ketika merasa terancam. Ada juga yang bermimpi bahaya: diancam makhluk itu bahawa jika tidak segera dilepaskan ke laut, maka Pulau Selayar dan sekitarnya segera akan musnah ditelan laut.


P/S - Rasanya haiwan tu dugong lah..adeh  banyak karut..



.

3 Penyokong CHELSEA:

Miss AZ on January 18, 2011 at 12:12 PM said...

hye lulu..
sy faham maksud kamu..
awk ikut lah tutorial kat sini yea...
cuba tgk jd tak :)

http://www.ciktom.com/2010/11/tutorial-guna-code-table-untuk-kemaskan.html

Unknown on January 18, 2011 at 12:31 PM said...

ler..baru nak tengok betul duyung ke x...huhu

karl on January 18, 2011 at 3:14 PM said...

sokong komen lulu...heheh mengarut ajee diorang ni....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!