Friday, January 7, 2011

Kecoh watak Islam dalam Batman


Batman yang selama ini bertarung memerangi kejahatan kini berhadapan dengan kemarahan penulis blog berhaluan kanan di Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan tindakan komik itu 'mencipta' watak seorang Islam sebagai rakan Batman bagi memerangi jenayah di Paris.
"Watak rakan Batman itu ialah Bilal Asselah, seorang pendatang berketurunan Algeria berfahaman Sunnah yang secara fizikalnya sihat dan mahir dalam sukan gimnastik, parkour.

"Nampaknya Batman tidak menemui orang Perancis untuk dilatih menjadi 'Penyelamat Perancis'," kata penulis blog berhaluan kanan, Todd Huston pada laman blognya, Publius Forum.

Dalam edisi DC Comics, Detective Comics Annual dan Batman Annual pada Disember lalu, Batman memutuskan untuk menubuhkan Batman Incorporated dan melatih seorang superhero untuk ditempatkan di bandar raya seluruh dunia bagi memerangi jenayah.

Hero yang dipilihnya di Perancis itu digelar sebagai Nightrunner berusia 22 tahun berasal dari sebuah bandar kecil di Paris, Clichy-sous-Bois di mana pergolakan di bandar itu mencetuskan rusuhan di daerah-daerah yang didiami pendatang di seluruh Perancis pada 2005.

Dalam komik itu, Bilal, yang juga merupakan seorang warga Perancis ditangkap dalam pergolakan itu dan pada satu insiden, dia dan rakannya dipukul oleh polis yang tersilap kerana menyangka mereka sebagai perusuh.

Rakan Bilal kemudiannya bertindak balas dengan membakar sebuah balai polis dan akhirnya dibunuh oleh polis.

Bilal menumpukan perhatian kepada parkour, satu bentuk akrobatik di mana pengamalnya melompat dari bangunan-bangunan dan melepasi dinding-dinding seperti dalam filem James Bond Casino Royale.
Namun di AS, penulis blog berhaluan kanan berang kerana DC Comics mewujudkan watak superhero baru beragama Islam dalam komik mereka itu.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Nora Shahaira on January 7, 2011 at 11:14 AM said...

hehe...

karl on January 7, 2011 at 11:58 AM said...

wah nak baca , kat mane nak ble ni?huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!