“Isteri (Maizawati) dijangka keluar wad Selasa ini. Sepatutnya, dia dibenarkan keluar pagi ini (semalam), namun doktor pakar sakit puan memintanya menjalankan ujian imbasan terakhir bagi memeriksa semula kandungannya sebelum dibenarkan pulang,” kata Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35 yang kini terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas terbabit kemalangan baru-baru ini.
Semalam di laporkan, kereta dinaiki Maizawati bersama suami dan tiga anaknya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, kira-kira jam 5.15 pagi, 28 Disember lalu.
Kejadian itu menyebabkan Maizawati patah tangan kiri dan cedera di kedua-dua kaki dan bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anaknya hanya cedera ringan.
Mohd Yassin berkata, ujian imbasan itu perlu dilakukan sekali lagi bagi membolehkan doktor memastikan kandungan isterinya tidak mengalami masalah selepas ujian pertama dilakukan beberapa hari selepas kemalangan itu.
Katanya, jika semuanya berjalan lancar, Maizawati akan dibenarkan keluar dari wad HRPB pada Selasa ini.
“Ujian imbasan itu akan dilakukan petang ini (semalam). Saya berharap kandungan isteri selamat seperti mana keputusan ujian yang dikeluarkan sebelum ini.
“Selepas dibenarkan keluar dari wad kelak, Maizawati akan berehat beberapa hari di kediaman keluarganya di Taman Utama, Bercham, di sini, sebelum kembali ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, buat masa ini Maizawati sibuk mengendalikan beberapa program kebajikan dianjurkan Yayasan Muamalat Belia di Kuala Lumpur.
“Saya tidak pasti sama ada dia boleh menyertai program itu berdasarkan kecederaan dihadapi,” katanya.
Mengenai sambutan tahun baru yang diraikan bersama Maizawati semalam, Mohd Yassin berkata, tiada sambutan dilakukan, sebaliknya mereka berdua meluahkan kata-kata semangat antara satu sama lain selain berharap hubungan yang dibina berkekalan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment