Tuesday, January 4, 2011

Kukuh benteng


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sedang berkira-kira sama ada benteng tengah pasukan itu perlu menjadi sebagai sasaran dalam pasaran perpindahan pemain Januari ini sejurus Alex kembali ke Stamford Bridge minggu ini.

Alex ketika ini dalam proses pemulihan susulan pembedahan lututnya dan dijadualkan kembali ke kelab itu selepas berehat di Brazil.

Pertahanan tengah Brazil itu dijangka tidak sempat cergas sehingga akhir bulan ini, dan Ancelotti mahu meneliti perkembangan proses pemulihannya sebelum membuat sebarang keputusan sama ada untuk memasuki pasaran perpindahan.

Ketika ketiadaan Alex, benteng Chelsea kelihatan rapuh, dan dengan Branislav Ivanovic juga tidak dapat beraksi selepas digantung satu perlawanan, ia memaksa Ancelotti menurunkan pemain muda Jeffrey Bruma buat pertama kali ketika mereka seri 3-3 ketika menentang Aston Villa, kelmarin.

Ancelotti mengakui ketiadaan pertahanan tengah berpengalaman menyumbang kegagalan pasukannya untuk memenangi perlawanan itu dan menyalahkan tambahan masa berlebihan yang membolehkan Villa menyamakan kedudukan selepas dua minit John Terry menyangka dia sudah menjaringkan gol kemenangan tuan rumah.

Ancelotti dikatakan berminat mendapatkan pertahanan Benfica, David Luiz dan Gary Cahill dari Bolton, tetapi dia berkata: “Kami perlu melihat kedudukan Alex terlebih dulu. Dia akan pulang dari Brazil. Saya tidak berminat untuk bercakap mengenai pemain mana tetapi kami memerlukan beberapa pemain.”

Chelsea mendahului pada minit ke-21 menerusi sepakan penalti Frank Lampard, tetapi Villa bangkit dengan jaringan penyamaan Ashley Young, juga menerusi sepakan penalti sebelum Emile Heskey menanduk masuk gol kedua.
Didier Drogba menyamakan kedudukan buat Chelsea sebelum Terry menggamatkan penyokong tuan rumah dengan gol ketiga tetapi Ciaran Clark menafikan kemenangan tuan rumah untuk berkongsi mata dengan jaringan penyamaan.

“Kita kehilangan sesuatu di bahagian benteng,” kata Ancelotti. “Saya mahu nyatakan Bruma beraksi baik tetapi tanpa Alex dan Ivanovic, kami kehilangan tenaga dalam perebutan bola di udara.”



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 4, 2011 at 10:05 AM said...

Hehe .. Tapi jefffery bruma main ok aper time lawan Villa .. bukan macam Ramires .. ngahaha .. saked aty ngan dy .. maybe dy xbiase ngan bola sepak England coz dy dari Brazil ..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!