Tuesday, January 18, 2011

Kutip Syiling


Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.
Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian.




.

4 Penyokong CHELSEA:

giha lalala on January 18, 2011 at 11:25 PM said...

hahaha.. kutip skit2 ..
lama2 jadi bukit. huhu

Unknown on January 19, 2011 at 1:23 AM said...

sanggupnyerr mereka...

JUNKO-EL-HIDA on January 19, 2011 at 5:48 AM said...

mak ai..kaya duit org..huhuhu..cik lulu..jom join kontes saya..weeeeeeee

Lulu Caldina on January 19, 2011 at 9:18 AM said...

@JUNKO-EL-HIDA ok, nanti saya join...insya-Allah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!