Monday, January 31, 2011

Mati tertimbus ketika kutip sayur


Seorang buruh warga Bangladesh yang leka mengutip sayur, maut apabila dihempap pondok rehat akibat runtuhan tanah di Kebun Sayur Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Khorshed Montaz Uddin, 34, yang ditemui tertimbus separuh badan dipercayai meninggal dunia selepas kepalanya cedera terkena besi pondok berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama anak majikannya berusia lingkungan 20-an berada di lereng bukit berhampiran dengan pondok berkenaan untuk mengutip sayur dalam keadaan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa dipercayai tidak menyedari tanah semakin terhakis menyebabkan pondok yang dijadikan sebagai tempat untuk berehat tiba-tiba runtuh.

“Kejadian itu disedari anak majikan yang menemui pekerjanya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Mohd Zahari berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus selepas mengalihkan pondok yang menghempapnya.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 31, 2011 at 1:30 PM said...

gile sian..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!