Monday, January 24, 2011

Parah dihempap pintu masuk pusat beli-belah

Hasrat seorang doktor untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara hari ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia cedera parah dihempap oleh pintu masuk premis itu yang tiba-tiba jatuh.

Kejadian pukul 2.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Dr. Chew Bee Dee, 33, cedera parah di bahagian kaki akibat terkena serpihan kaca yang pecah.

Menurut rakan lelaki Bee Dee, Dr. Chuah Bee Loh, insiden itu berlaku ketika mereka baru hendak memasuki pusat beli belah tersebut selepas meletakkan keretanya di tingkat bawah.

Katanya, sebaik sahaja memasuki bangunan tersebut Bee Dee cuba untuk menutup pintu itu yang dilihatnya terbuka.

"Namun, malang tidak berbau apabila tiba-tiba pintu tersebut menghempap kepala Bee Dee dan pecah mengakibatkan kaki mangsa terkena serpihan kaca.

"Saya cuba meminta bantuan dari pihak pengurusan namun mereka lambat datang dan bertindak walaupun mengetahui insiden itu.

Seorang doktor (duduk) tercedera akibat serpihan kaca pecah terkena kaki di KLCC

"Mujurlah ada orang ramai yang sudi membantu kami dan menghubungi pihak ambulans," katanya.

Tambahnya, selepas kira-kira setengah jam kemudian, barulah pihak pengurusan muncul namun malangnya mereka menunjukkan reaksi negatif.

"Mereka lebih risau pintu yang telah pecah itu berbanding kemalangan dan kecederaan teruk yang dialami rakan saya," ujarnya.

Chuah memberitahu, lebih dikesalkan, pihak pengurusan premis enggan bertanggungjawab membiayai kos perubatan Bee Dee sedangkan ia berlaku disebabkan kecuaian mereka.

"Mereka cuai di dalam memastikan kemudahan bangunan tersebut selamat digunakan oleh orang awam.

"Malah mereka lebih mementingkan prosedur menunggu keputusan pihak atasan berbanding keselamatan orang awam," ujarnya lagi.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!