Pelakon Memey atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya Norman Hakim, Abby Abadi yang meluahkan perasaan marah terhadapnya di laman sosial Facebook, Isnin.
Jelas Memey, dia menganggap punca kemarahan Abby iaitu memarahinya menjawab telefon bagi pihak Norman adalah tidak masuk akal.
“Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setalah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook.
“Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia,” katanya.
Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.
“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.
“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.
“Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pon tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.
Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.
“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.
“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

P/S - Berisi memey sekarang...
.
6 Penyokong CHELSEA:
ala...skrg dh mkn nyampah lak ngan abby..suka sgt menjaja hal keburukan rumah tangga kt org.pastu mende dh lama pun nk bngkitkan lagi.ntah pape ntah
argh...usahkan abby..aku pun nyampah!!!
@.@
moge yg terbaik utk kedua dua belah pihak
=)
ah angkat telifon tak salah, tapi salahnya nape nak ankat cal dari bekas isteri, memang la kene sound.agak2 la
2 dua pun nyampah....satu EMO x bertempat..satu lagi GEDIK x bertempat
hahahaaa... memula kesian gak kat abby tu. tapi, yg sudah tu sudah la kan. nampak buruk betul bila marah camtu.
Post a Comment