Wednesday, January 5, 2011

Setiap Pasangan Berbohong Tiga Kali Setiap Hari?



Penganalisis menemui bahawa orang dewasa secara purata berbohong sebanyak tiga kali setiap hari. Kebanyakannya, kebohongan ini dilakukan orang dewasa kepada pasangannya, teman sekerja, dan teman dalam lingkungan pergaulannya. Jadi, jangan hairan jika anda mendapati pasangan berbohong kepada anda, setiap hari.

Kebohongan juga banyak terjadi dalam urusan rumah tangga. Jika anda bertanya apakah pasangan sudah mencuci baju kesayangan anda, lalu dia menjawabnya sudah, belum tentu kenyataannya sama. Boleh jadi baju kesayangan anda disembunyikan dari anda, kerana menurut pasangan anda, baju tersebut sudah tak sesuai di pakai atau tidak selesa baginya untuk melihat anda mengenakan baju yang kelihatan lusuh.

Berdasarkan hasil survey yang diadakan Twentieth Century Fox Home Entertainment, satu pertiga responden mengaku sering berbohong tentang tugas atau pekerjaan mereka. Kamuflase ini dilakukan agar bekerja terasa lebih ringan, walaupun sebenarnya masih banyak pekerjaan yang harus diselesaikan. Kebohongan lain juga dilakukan dalam mengisi formula temuduga kerja, terutama di bahagian pengalaman kerja. Satu perempat responden mengakui kebohongan ini.


Lelaki dan wanita gemar berbohong


Dalam hubungan berpasangan, baik lelaki mahupun wanita gemar berbohong. Jika lelaki sering melebih-lebihkan jumlah wanita yang pernah bertemujanji, lain lagi dengan wanita. Para wanita kerapkali mengaku tidak puas dengan hubungan sebelumnya. Baik lelaki mahupun wanita ini tidak mengatakan kenyataan yang sebenarnya.

"Meskipun senang berbohong, dua pertiga dari orang yang disurvey mengaku tidak pintar berbohong. Tetapi bagaimanapun mereka lebih memilih berbohong kerana seringkali dengan berbohong hidup terasa lebih mudah," kata jurucakap penyelenggara survey.

Bagaimana dengan anda, bolehkah mengenali gelagat pasangan ketika berbohong? Atau memang Anda memiliki pasangan yang selalu berkata jujur?



.

3 Penyokong CHELSEA:

Ammar on January 5, 2011 at 12:24 AM said...

Penyokong Chelsea komen ni

"Saya tidak suka berbohong"

Shahada Fauzi on January 5, 2011 at 1:24 AM said...

oh oh..ye eh??nanti nak try buat kajian kat diri sendiri..^_^

karl on January 5, 2011 at 3:21 PM said...

ah pengalamn hidup mengatakan kajian ini ada betulnya. hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!