Wednesday, January 26, 2011

Temui ajal dalam tali air

Hajat seorang tukang kebun Istana Anak Bukit untuk menghantar kuih seri ayu di sebuah kafeteria hospital berkecai apabila dia maut selepas diserang sakit jantung ketika dalam perjalanan ke premis itu di Hutan Kampung di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan motosikal yang ditunggang Roslan Hashim, 52, terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan berpuluh kuih seri ayu yang dibawa di dalam bakul bertaburan.
Mayat yang lengkap beruniform dengan logo istana tersebut ditemui di sisi motosikalnya oleh orang ramai sebelum menghubungi polis.

Difahamkan mangsa yang menetap di Taman Aman, Anak Bukit di sini menggunakan batas ban yang merupakan laluan pintas untuk menghantar kuih yang dibuat isterinya untuk dijual di kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak enam tahun lalu.

Isteri Roslan, Remlor Rejab, 50, memberitahu, suaminya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira dua jam kemudian.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!