Thursday, February 17, 2011

Bunuh ikan kerana menjadi saksi dia mencuri..


Seorang pencuri di Amerika Syarikat membunuh tiga ikan mas koki di rumah yang disamunnya. Dia membunuh dengan cara meracuni tiga ikan itu kerana dianggap sebagai saksi utama.

Pencuri 16 tahun itu menyamun rumah di kawasan Arlington Heights, Chicago. Menurut Sarjan  Mike Hernandez, si pencuri melihat ikan-ikan di aquarium lalu berkata, "Kita tidak boleh meninggalkan saksi," kata Mike melakonkan semula sikap pencuri itu.

Bersama dua orang temannya, pencuri muda itu menyamun video game, pemain cakera padat, 30 DVD, senapang angin, perhiasan dan kotak besi.

Ketika pemilik rumah datang, mereka sangat terkejut. Selain banyak barang yang hilang, aquarium milik mereka keruh dan penuh dengan sos sambal, mustard, sos tomato dan perencah.

Ketika dilihat lebih dekat, ternyata tiga ekor ikan mas koki sudah mati.
Tiga pencuri remaja yang tidak disebutkan namanya itu kini menghadapi tuduhan kecurian serta kekejaman terhadap binatang.


.

2 Penyokong CHELSEA:

Mohamad Ali Loksin on February 18, 2011 at 3:44 PM said...

Hahahahahaha. Kesian Encik Ikan Emas. Hahahahahaha.

DZ LADYZ WARDROBE on February 27, 2013 at 8:33 AM said...

Sape la budak yg bebal sgt. Lipas ngam cicak pon nmpk gak.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!