Wednesday, February 23, 2011

Erni hiba


Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu, beliau berasa sedih dan tersentuh hati melihat kerepek yang dibeli oleh ibunya masih ada di dalam kereta BMW X5 yang diserahkan semula kepadanya semalam.

Menurut Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 26, beliau terkejut dan hiba sebaik terpandang bungkusan kerepek berkenaan di dalam kereta BMW X5 yang dilaporkan hilang pada hari ibunya dibunuh, Ogos lalu.
“Saya sedih melihat kereta (yang dipulangkan kepadanya) dan di dalamnya pula masih ada kerepek yang dibeli oleh ibu,” katanya.

Kerepek berkenaan dibeli oleh Allahyarham Sosilawati di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor pada akhir Ogos lalu untuk diberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri.

Sebelum ini, seorang pekerja di kedai Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting pernah memberitahu bahawa Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond London.

Sementara itu, kata Erni, keluarganya berasa lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menambah hukuman penjara ke atas dua pekerja ladang yang disabitkan bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik itu.
Menurut Erni, pindaan hukuman itu juga membolehkan tertuduh menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

“Sebelum ini, hukuman yang dikenakan iaitu penjara tujuh tahun dilihat tidak setimpal dengan perbuatan mereka.
“Hukuman penjara 20 tahun dilihat lebih ‘berbaloi’ walaupun ia tidak akan sama dengan perbuatan yang telah mereka lakukan.
“Keputusan semalam menunjukkan keadilan berlaku dan penjenayah tidak akan terlepas dengan hukuman berat,” katanya.

Selain menolak rayuan K. Sarawanan yang didapati bersalah sebelum ini oleh Mahkamah Majistret Banting kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtarudin Baki semalam turut menambah hukuman ke atas perayu dan seorang lagi, U. Suresh dari tujuh kepada 20 tahun.
Sementara itu adik kepada Erni, Erinawati Sofia, 22, mengucapkan terima kasih kepada badan kehakiman dengan membuat keputusan yang tepat apabila menolak rayuan yang dibuat oleh Sarawanan.

“Saya berasa gembira apabila mahkamah bukan sahaja menolak rayuan salah seorang tertuduh malah meminda hukuman penjara ke atas mereka kepada 20 tahun.
“Saya tetap berasa sedih kerana perbuatan yang dilakukan oleh mereka itu tidak akan sama sekali setimpal dengan hukuman yang mereka ” ujarnya.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Nurul Atiqah on February 23, 2011 at 2:10 PM said...

al Fatihah untuk arwah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!