Saturday, February 19, 2011

Impian Siti dan Datuk K akhirnya tercapai..


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir bagi mengikuti majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu.


Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.
Yayasan Nurjiwa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, masjid yang dibina sejak 2009 itu telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.


“Sultan Kedah berkenan mencemar duli bagi merasmikan masjid berkenaan. Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami akan hadir pada majlis itu,” kata kenyataan tersebut.

Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan.


Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.
Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Ammar on February 19, 2011 at 10:58 PM said...

Bagusnya Siti

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!