Tuesday, February 1, 2011

Tak pernah pandu laju..


Seorang warga emas, Bakar Ismail, 85, tidak pernah memiliki motosikal berkuasa 500cc tetapi dia menerima saman kerana menunggang motosikal berkuasa besar itu melebihi had laju di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada 30 Julai lalu.

Petani yang hanya memiliki motosikal jenama Honda berkuasa 70cc itu dan telah lama tidak ke Kuala Lumpur bimbang namanya akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa jika tidak membayar saman itu.
Bakar yang menetap di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat dekat sini berkata, mengikut kertas saman itu, dia dikehendaki membayar saman tersebut secepat mungkin atau sebelum 28 Februari ini sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Menurut warga emas itu, selepas menerima saman tersebut, anaknya, Mohd. Noor, 47, telah mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis namun kemudian disuruh membuat rayuan kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan mengemukakan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu.

Berdasarkan notis saman itu, Bakar didakwa melakukan kesalahan menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran PV738 pada kelajuan 98 kilometer sejam sedangkan had kelajuan ditetapkan tidak melebihi 80 kilometer sejam di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada pukul 1.53 petang pada 30 Julai 2010.

Saman itu dikeluarkan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) yang ketika itu melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Bakar berkata, motosikal nombor pendaftaran PV738 miliknya sebenarnya berkuasa kecil dan telah lama tersimpan dalam bangsal di belakang rumahnya kerana jarang digunakan.
"Saya pun sudah lama tidak berkunjung ke Kuala Lumpur, apatah lagi hendak menunggang sendiri motosikal berkuasa tinggi yang tak pernah saya miliki ke sana," katanya.



.

3 Penyokong CHELSEA:

^mRs MatAHarIEy^ on February 1, 2011 at 10:00 AM said...

aper ker mengong bebenor? eisyk..
sepuk laju2 kat saper yang kuarkan saman tu baru tau...

syafiqsulaiman on February 1, 2011 at 10:49 AM said...

kesian datok tu..
aduush..!! dah kene saman..
mesti ade orang gne no plat palsu..
orang laen jadi mangsa..

Shahrul Azwan on February 1, 2011 at 11:01 AM said...

tak pasal pasal kena buat bukti kukuh utk menafikan saman tu plak, memang dasar nak cekik darah orang ramai

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!