Apa yang terjadi di wilayah barat daya arab saudi ini benar-benar aneh kerana seorang suami tidak boleh melihat wajah isterinyasedangkan usia pernikahannya sudah berumur tiga puluh tahun.
Sepanjang hidupnya, si istri selalu mengenakan burka, busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan bahagian mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.
Selama 30 tahun tanpa melihat wajah isteri ternyata tidak memadam rasa ingin tahu si suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap kain di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.
Hanya, jawapan atas rasa ingin tahunya itu harus dibayar 'mahal' dengan ugutan cerai si isteri, 2008 yang lalu. Si isteri yang sudah berusia 50 tahun merasa dikhianati. Dia nekad ingin bercerai, meskipun suaminya sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya.
"Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar," kata si istri kepada akhbar tempatan, Al-Riyadh.
Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tidak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.
Itu bukan satu-satunya kes seumpamanya. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka kain yang menutup wajah isterinya setelah 10 tahun berkahwin. Mujurlah dia dimaafkan setelah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.
Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan berkahwin lagi jika isterinya tidak bersedia membuka kain yang menutup wajahnya. Bukannya terancam, si istri malah mencarikan wanita yang tidak mengamalkan tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.
Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakat sebelum pernikahan. Suami tidak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zaman nenek moyang mereka.
Ketika ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, "Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.
P/S - Biarpun menjunjung tinggi adat tu bagus, tapi lulu rasa ini adalah tradisi yang aneh dan menyakitkan. bagaimana menurut korang?..
.
3 Penyokong CHELSEA:
gila kentang nikah bertahun2 nak tenguk muka pun tak leh siap mintak cerai lagi..dashat2..
http://ceritacintayna.blogspot.com/2011/03/mood-cinta.html
Islam xajar nie kn?? derhaka kt suami lagi berdosa (siap ugut mx cerai sbb si suami nk tgk wajah si isteri). lgpun tu SUAMI dia bkn org lain. wallahualam ~
memang betul tradisi yang pelik, bg saya tradisi yg terang2 bertentangan dng agama adalah salah. Apa lagi yg membuatkan org boleh salah faham dengan Islam. ada sesetengah org didunia ini sering mendahulukan adat dari keutamaan yg disuruh agama.kononnya sesuatu bangsa itu akan hilang identiti jika tidak mengikut adat nenek moyang.bagi saya adat yg baik kita teruskan yg bertentangan dng fitrah manusia apalagi agama patut dibuang!
Post a Comment