Friday, March 11, 2011

4 penuntut maktab perguruan maut dalam kemalangan

Empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di KM 12 Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam.
Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang; Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang; Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang; dan M. Iniyan, 19 dari Taiping.
Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak berkata, dalam nahas yang berlaku pada 4.30 petang itu, Sin Wei dan Iniyan mati di tempat kejadian, manakala Joseph meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Shu Win meninggal dunia di Hospital Taiping pada 5 pagi tadi.
"Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Abdullah berkata, semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Joseph dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!