Wednesday, March 9, 2011

Asap tebal berkepul-kepul...50 buah rumah dijilat api..



Lebih 500 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila kira-kira 50 buah rumah hangus dalam kebakaran di Blok 9, Kampung Titingan, Tawau, di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu kali ketiga melibatkan perkampungan air tersebut tahun ini dengan kali terakhir pada penghujung Januari lalu, di Blok 6.
 
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Kebakaran itu turut mencemaskan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan terletak berdekatan yang bimbang api merebak ekoran angin kencang.
Ini menyebabkan ratusan pelajar dan kakitangan sekolah bingkas keluar bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata, dua jentera bomba, enam kenderaan utiliti dan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima maklumat pada pukul 11.58 pagi.

Menurut beliau, antara faktor menyebabkan api mudah merebak adalah kedudukan rumah yang terlalu rapat selain diperbuat daripada kayu.
"Kita berjaya mengawal api kira-kira pukul 1 petang dan padam sepenuhnya sejam selepas itu," katanya yang ditemui di sini hari ini.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kira-kira 50 buah rumah musnah dalam kebakaran itu.
Mohd. Zahar juga menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya menyimpan alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah-langkah keselamatan.
Sementara itu, seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zul berkata, dia menyedari berlaku kebakaran setelah melihat asap tebal berkepul-kepul keluar dari arah kampungnya.

"Waktu itu saya berada di bandar Tawau. Saya terus bergegas pulang dan setelah tiba, saya dapati rumah saya tidak dapat diselamatkan sama sekali," katanya.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana semua ahli keluarganya yang berada di dalam rumah itu sempat menyelamatkan diri.


.

2 Penyokong CHELSEA:

azian on March 9, 2011 at 11:42 AM said...

lulu...
kunjungan balas dr saya...
lulu ni cantik laaa....heheheheh
sweet je orgnya ek...
salam kenal...

Lulu Caldina on March 9, 2011 at 2:21 PM said...

@azian salam kenal...alalaaa malu lah lulu kena puji...ngee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!