Pelakon Sazzy Falak yang kini sedang sarat mengandung anak kembar berharap agar melahirkan anak tersebut dalam keadaan normal.
Jelas Sazzy yang kini mengandung lapan bulan, walaupun buat masa ini kebarangkalian untuk melahirkan secara normal sangat tipis, dia masih berfikiran positif tentang perkara tersebut.
"Saya sangat-sangat berharap untuk melahirkan bayi ini secara normal, kalau terpaksa buat dua kali pun saya sanggup sebab saya tak mahu buat pembedahan.
"Saya dah cakap perkara ini kepada doktor tentang tapi jika keadaan benar-benar tidak megizinkan, keselamatan perlu diutamakan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Si Kecilku Chak!!," Khamis.
Jelas Sazzy, dia banyak membuat kajian dan membaca beberapa perkara yang memudahkannya melahirkan bayi kembarnya secara normal.
"Ramai bagi pendapat agar saya selalu bercakap dengan bayi di dalam kandungan itu dan selalu berfikiran positif. Saya selalu berdoa dan meminta agar dipermudahkan kelahirannya nanti," katanya.
Selain itu, Sazzy turut memberitahu sering bermimpi tentang cahaya matanya sejak kebelakangan ini.
"Mungkin juga kerana saya terlalu teruja menunggu kelahiran mereka sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.
"Saya mimpi saya bermain dengan mereka dan emmasukan balik kedalam perut semula," ujarnya sambil ketawa.
Menurut Sazzy suaminya Nazril Idrus banyak membantu dalam segala hal terutamanya membuat pelbagai persiapan untuk cahaya mata mereka.
"Dia sangat sibuk sekarang ini dengan kerjanya dan dia berjanji untuk mengambil cuti panjang selepas kelahiran bayi nanti.
"Saya juga sudah mengambil pembantu rumah bagi membantu kerja seharian di rumah," katanya yang kini tinggal bersama keluarga di Ampang, Selangor.
.
1 Penyokong CHELSEA:
makin comel sazzy bila mengandung ni kan..
Post a Comment