Saturday, March 12, 2011

Ibu dan dua anak lelaki maut, dua parah dalam nahas

Tiga beranak maut, dua parah manakala enam lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 53 Lebuh Raya Gerik-Jeli dekat sini hari ini.

Ketua Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis daerah, Asisten Supritendan Zulkifli Hasyim berkata, kemalangan berlaku pukul 12.30 tengah hari melibatkan kereta jenis Perodua Alza dan Toyota Wish.

Katanya, mangsa yang terbunuh adalah Wan Sarwani Zainal, 34, dan dua orang anaknya, Mohd. Imran Haziq Mohd. Zainudin dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya.

“Suami mangsa, Mohd. Zainudin Omar, 35, mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh sementara seorang lagi anak pasangan itu yang juga parah, Mohd. Ikbal Haziq dibawa ke Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


.

1 Penyokong CHELSEA:

Kyra Elric on March 12, 2011 at 1:49 PM said...

camnew ley kmalangan huhuhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!