Wednesday, March 2, 2011

Kebakaran di Mekkah


Sebuah kebakaran besar terjadi di Kota Suci Mekah. Kebakaran itu melanda Menara King Abdul Aziz Endowment Selasa 1 mac 2011. Kebakaran ini merisaukan berbagai pihak di Arab Saudi.

Bahkan kebakaran besar itu boleh dilihat dari Masjidil Haram. Petugas-petugas pemadam kebakaran, polis, dan perusahaan elektrik Saudi berusaha memadamkan api sebelum kebakaran itu meranapkan seluruh projek pembinaan yang tengah berjalan ini.

Dipercayai, api berasal dari litar pintas salah satu ruang generator, sejam sebelumnya. Tidak ada korban jiwa mahupun luka-luka akibat kebakaran ini. Saksi melihat, sebelum api menyala, ada asap tebal.

Menara Abraj Al Bait, terletak tepat di belakang Masjidil Haram. Di atas menara ini dipasang jam terbesar di dunia. Pemerintah Arab ingin jam ini akan menjadi acuan bagi 1,5 milian muslim di seluruh negara.

Projek jam terbesar di dunia ini dibinakan dengan melibatkan ahli jam dari Swiss dan Jerman. Jumlah yang dianggarkan pemerintah Saudi mencapai 800 juta dolar AS. Selain berfungsi sebagai menara jam, Abraj Al Bait Tower, juga sebuah kompleks yang terdiri atas tujuh menara hotel dan pusat perbelanjaan.

Jam ini juga akan membuat jam yang menjadi landmark kota London, Big Ben yang pernah menjadi tempat sebagai jam empat sisi terbesar di dunia, menjadi kelihatan kecil. Dengan diameter sekitar 40 meter jam Saudi ini akan lebih besar dari juara dunia jam terbesar ketika ini iaitu jam Mall Cevahir di Istanbul, yang memiliki lebar 36 meter dan diletakkan di bumbung sebuah kompleks perbelanjaan.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 2, 2011 at 4:42 PM said...

bahayanya. boleh melemahkan struktur bgnn tu klu biar terbakar lama2

intan.maisarah on March 2, 2011 at 4:44 PM said...

aa. Dia tak bg buat jam tu kot

Unknown on March 2, 2011 at 5:31 PM said...

hurmm... Dawa amek arkitekture ni rase.. EB setuju ngan Dawa.. tetiba rase macam salah eja

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!