Monday, March 21, 2011

Maut nahas


Tindakan seorang warga emas membantu rakannya keluar selepas bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan, berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri maut setelah bas itu dirempuh lori kontena tidak lama kemudian.

Nahas pada pukul 4.50 pagi itu yang berlaku di Kilometer 341.9, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Bidor, meragut nyawa Sahad @ Shariff Md. Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Sahad ketika itu sedang membantu membawa keluar rakannya yang cedera selepas bas yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori muatan bahan mentah.
Ketua Polis daerah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, ketika kejadian, bas itu membawa 43 penumpang terdiri daripada peserta rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan.

"Sewaktu penumpang bas itu keluar dari kenderaan mereka, sebuah kontena membawa muatan kertas gagal dikawal lalu merempuh belakang bas.
"Rempuhan itu menyebabkan Sahad terperosok di bawah bas manakala beberapa rakannya yang berada di luar bas itu tercampak ke dalam gaung di tepi lebuh raya," katanya.

Roslan berkata, pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sementara itu, anak perempuan Sahad, Sarimah, 45, yang turut berada dalam bas itu memberitahu, dia dan bapanya serta ahli keluarga yang lain keluar dari bas terbabit selepas pelanggaran pertama.

"Ayah kemudian naik ke dalam bas untuk menurunkan penumpang yang cedera dan semasa mahu menurunkan penumpang, sebuah lori dengan laju telah merempuh bas dan menyebabkan ayah terpelanting dan terperosok di bawah bas," katanya ketika ditemui di Hospital Tapah hari ini.
Enam penumpang yang parah dibawa Hospital Tapah, Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh manakala 35 lagi termasuk pemandu cedera ringan dirawat di Hospital Tapah.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Mira Amirudin on March 21, 2011 at 12:06 PM said...

sedih sgt99...
takziah untuk semua mgsa kmalangan ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!