Seorang lelaki mendatangi upacara pemakamannya sendiri. Hal itu lalu membuatkan keluarganya dan hadirin terkejut. Beberapa pengunjung yang terkejut terus melompat keluar dari tingkat bangunan pemakaman diadakan.
Ademir Jorge Goncalves, seorang tukang batu di Brazil, telah disahkan sebagai korban kemalangan kereta. Pemakamannya diadakan sehari selepas itu yang digelar sebagai Dia de Finados atau Hari Kematian. Itu adalah hari ketika warga Brazil biasanya mengenang orang yang mereka cintai dan sudah pergi meninggalkan mereka.
Dipetik dari Xinhua, hadirin tidak menyedari bahawa ada kesalahan semasa mengenal pasti mayat. Selama menghilang, Goncalves menghabiskan waktu meneguk minuman keras di Pinga, sejenis rum Brazil, di sebuah bar dekat tempat kemalangan itu terjadi. Namun dia bukanlah mangsa kemalangan itu.
Lelaki yang berusia 59 tahun itu kemudian menerima khabar mengenai kematiannya, dan Goncalves nekad hadir dihari pemakaman itu.
Namun kehadirannya di lokasi pemakaman, Funeraria Rainha das Colinas, justeru menjadi sesuatu yang mengerikan.
"Sudah 10 tahun saya menjalankan perniagaan ini, dan tidak pernah melihat hal seperti ini," kata Natanael Honorato, pengurus rumah pemakaman itu di negara bahagian Parana.
Identiti mengenai lelaki mati itu kemudian dikenali setelah sebuah keluarga melaporkan anaknya yang hilang.
.
2 Penyokong CHELSEA:
ni nak senyum ke nak terkejut ni lulu..
penah dgr jadi mcm ni.
kat indon hehe
Post a Comment