Seorang penjenayah sempat meminta izin untuk menggunakan air seorang penduduk bagi membersihkan darah yang memenuhi muka dan bajunya selepas menyamun dan membunuh seorang tukang urut wanita semalam.
Kejadian pukul 3 petang di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini itu menyebabkan Demah Cinak, 43, mati di tempat kejadian. Anak angkatnya, Mahmudah, 35, yang turut berada di rumah ketika kejadian pula parah ditikam.
Demah yang ditikam di perut mempunyai status penduduk tetap manakala Mahmudah warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci.
Seorang jiran, Norfarhana Zamir, 16, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.
Katanya, sebaik keluar dia ternampak seorang lelaki bermandikan darah di muka dan bajunya sebelum penjenayah itu meminta izin seorang jiran lain menggunakan air untuk membasuhnya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
mak aih.. dhsyt...
Post a Comment