Tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.
Perkara ini diumumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi.
Hishammuddin berkata, kerajaan membuat keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan kompaun tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem serta kesesakan di kaunter pembayaran.
"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Maka untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar kompaun tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya.
Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.
Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.
.
1 Penyokong CHELSEA:
bayar jgn x bayar..
Post a Comment