Friday, April 15, 2011

Apa bendanya ni??


Mungkin korang pernah melihat gambar ini melalui email, ataupun sebuah laman web.

Gambar ini pertama kali diedarkan di internet pada tahun 2007. Seorang lelaki mengaku menemui mayat tersebut di dalam semak didaerah Derbyshire, England ketika dia sedang berjalan-jalan bersama anjingnya. Lelaki tersebut meminta agar identitinya dirahsiakan.

Kemudian, seseorang yang mengaku mengambil gambar makhluk tersebut mengupload gambar tersebut kedalam website dan menggelarkan makhluk itu sebagai "Makhluk kupu-kupu".

Kemudian, mayat makhluk kupu-kupu tersebut diserahkan kepada pakar untuk diidentifikasi dan dengan percubaan X-Ray, diketahui bahawa tulangnya serupa dengan struktur tulang seekor burung.

Sejak akhir-akhir ini, terbongkar cerita bahawa makhluk itu adalah hasil karya seorang seniman England bernama Dan Baines. Baines membuat makhluk tersebut dengan cerdik membuat seakan-akan menunjukkan sebuah outopsi sedang diadakan terhadap makhluk tersebut yang membuat orang menjadi semakin percaya.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Judh on April 15, 2011 at 7:35 PM said...

oh egt peterpan >.<

Unknown on April 15, 2011 at 7:53 PM said...

macam macam..ingatkan peterpan da tadi..hehe

HUD AIKARA on April 16, 2011 at 11:10 AM said...

aku pun tak paham nape org suka nak reka benda2 mengarut semata2 nak perdayakan org...mmmm

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!