Friday, April 8, 2011

Bayi kepala besar makin teruk


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Mungkin itu perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan beban yang perlu dipikul Muhammad Kautsar Zuhairi yang menderita penyakit kepala besar sejak dilahirkan 19 bulan lalu.
Keadaan itu bukan sahaja membuatkan perkembangan tumbesaran bayi tersebut terbantut bahkan dia tidak berhenti-henti menangis setiap kali suhu badannya panas.

Ibunya, Nor Syazwana Mohd. Talaha, 23, berkata, pada masa ini berat kepala anaknya itu sudah mencecah lapan kilogram.
"Ini amat merunsingkan kami. Sudah puas kami mencuba sama ada perubatan moden atau tradisional tetapi keadaan Kautsar semakin hari semakin teruk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, Bota, semalam.
Nor Syazwana berkata, sejak Kautsar dilahirkan hidupnya banyak dihabiskan di Hospital Manjung.

"Minggu lalu kami membawa dia mendapatkan rawatan bulanan di hospital dan terpaksa pulang apabila doktor memberitahu tidak banyak yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit Kautsar," ujarnya.
Beliau menambah, suaminya yang hanya mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung, tidak mampu untuk menampung perbelanjaan rawatan serta makanan sekeluarga.

"Kami perlu ke Hospital Manjung tiga kali sebulan dan setiap rawatan memerlukan kos RM150. Selain itu, kami juga membawa Kautsar mencuba rawatan tradisional di Behrang yang memakan kos RM640.
"Kos paling tinggi adalah untuk membeli susu berharga RM126 setin dan setiap bulan memerlukan empat tin kerana Kautsar tidak boleh makan nasi dan hanya bergantung kepada susu," katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohd. Yusoff Mohd. Yatim, 28, mengakui ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan tetapi ia tidak mencukupi.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang mempunyai maklumat bagi mengubati anaknya serta membantu meringankan beban kewangan boleh menghubunginya di talian 019-5509186.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Mira Amirudin on April 8, 2011 at 7:59 AM said...

semoga ada pihak2 yg berkemampuan membantu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!