Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 30, yang sebelum ini pernah digosipkan berkahwin secara senyap akan melangsungkan majlis pertunangannya bersama jejaka pilihannya pada 29 Mei ini bertempat di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, di sini.
Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi berkata, majlis yang akan bermula sebelum solat Zuhur itu hanya akan dihadiri oleh keluarga beliau dan bakal tunangnya serta rakan-rakan wartawan.
“Bakal tunang saya itu hanya orang biasa, dia berusia 36 tahun, juga orang industri dan kami sudah kenal kira-kira tiga tahun. Buat masa ini namanya biarlah rahsia dan hanya akan diketahui pada majlis itu nanti,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Elly Mazlein berkata, dia memilih untuk bertunang dengan jejaka pilihannya itu kerana dia merupakan seorang yang penyayang, memahami serta terdapat persamaan antara mereka berdua.
“Diharap majlis pertunangan ini akan menjadi pengikat untuk mengukuhkan lagi hubungan cinta kami serta menepis segala gosip yang mengatakan saya sudah berumah tangga,” katanya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
as salam..
hm...
gatal bebenor gosip elly macam tu. huhu
Post a Comment