Tuesday, April 5, 2011

Dayung mari berdayung..


Seorang peluncur ombak, Chris Fallows berdayung menghampiri seekor jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, ramai peluncur ombak takut berbuat demikian kerana jerung putih dipercayai gemar menyerang peluncur ombak kerana mereka kelihatan seperti seekor penyu di permukaan laut.
Namun, bagi Fallows, 36, pendapat tersebut adalah tidak benar.


"Kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil," katanya.
Lelaki itu mengendalikan ekspedisi melihat ikan jerung di perairan di sini.
Namun, mereka yang tidak memiliki keseimbangan badan yang baik, dilarang meniru aksi tersebut.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Axie04 on April 5, 2011 at 2:03 PM said...

uisk
sangat bahaya
x de skill jagan dok gatai buat

Acika Yamada on April 5, 2011 at 2:52 PM said...

sememangnya si comot amat jeleskan kamu .. hehe .. cantik blog awak .. visit me n follow k .. http://dira92.blogspot.com

fRaMe+LenSeS on May 7, 2011 at 3:16 PM said...

tu dia.. mmg tadak keja.. hihi

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!