Saturday, April 9, 2011

Ini memang kemalangan ngeri


Tiga beranak terbunuh dalam satu kemalangan ngeri selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 40, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Rawang, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa Mohd Farid Idris, 29, dan isterinya Eirlenna Asrani, 28, bersama anak mereka Muhammad Faiz Hakimi, 4, maut di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati, kereta Proton Satria yang dipandu oleh Mohd Farid sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dan dipercayai telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori bermuatan tar.

"Lori terbabit kemudiannya menyeret kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa sejauh 70 meter sebelum kereta tersebut jatuh ke bawah tebing sedalam dua meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, lori yang dipandu Duraisingam Karuppiah @ Veerakumah, 40, kemudiannya jatuh menghempap ke atas kereta yang dinaiki tiga beranak tersebut.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Siti Fatimah Fuzz on April 9, 2011 at 11:07 PM said...

mesti pemandu lori tuu mabuk

nadiem sharmz on April 9, 2011 at 11:35 PM said...

al-fatihah....=(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!