Sunday, April 10, 2011

Kakinya tersepit eskalator


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini petang ini.
Kejadian berlaku pukul 3.30 petang ketika mangsa, Saiful Raziq Hamzah, 7, datang ke pusat beli-belah itu bersama keluarganya.

Kanak-kanak itu dikatakan berada di belakang ibu dan abangnya ketika turun menggunakan eskalator untuk ke tingkat bawah pusat beli-belah tersebut.
Ibu mangsa, Siti Rohaya Mahadi, 41, berkata, dia hanya menyedari keadaan anaknya itu apabila mendengar jeritan mangsa.

"Ketika kami berada di atas tangga itu, tiba-tiba anak saya menjerit kesakitan kerana kaki kirinya tersepit di bahagian dinding eskalator.
"Terkejut melihat keadaan itu, saya menjerit meminta pertolongan orang ramai dan pihak pengurusan pasar raya," katanya.

Siti Rohaya berkata, dalam keadaan cemas, dia cuba menenangkan anaknya namun kesakitan yang dialami menyebabkan mangsa menjerit sekuat hati.
"Saiful menjerit sambil menangis kerana sakit. Mujur ada pengunjung yang bertindak pantas menekan butang eskalator menyebabkan ia berhenti serta-merta," katanya.

Tambahnya, usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut gagal sehinggalah sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam tiba untuk membantu.
Kanak-kanak itu akhirnya berjaya diselamatkan kira-kira setengah jam kemudian dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan.



P/S - Lulu pernah tengok juga kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun tersepit tangan di eskalator..Hoho riuh semua orang.. nasib baik tidak serius..



.

6 Penyokong CHELSEA:

dean on April 10, 2011 at 2:03 PM said...

lah...kes tersangkut lg

Unknown on April 10, 2011 at 2:04 PM said...

HOHOHO takutnya.. selalu berhati2 naik eskalator nak2 kalu tim etu tgh pakai baju kurung..

Anonymous said...

Sebenarnya saya pun kekadang takut dan fobia bawa anak naiki escalator sebab kes seperti ni pernah juga berlaku satu masa dulu.Saya lebih prefer naik tangga biarpun lebih letih kalau dengan anak- anak. kalau naik escalator tu mata dok pandang anak je takut ape pe hal. Tak taulah camana serta setakat mana rekabentuk keselamatan escalator ni.Tapi bila dah beberapa kali berlaku tu. Kita pun dah tak yakin menggunakannya..

Mountain Climber

ariana on April 10, 2011 at 2:34 PM said...

Eii..kesiannya budak tu ye..Akak pun selalunya mesti pimpin tangan anak yag bungsu tu bila naik escalator..
Lulu jom lah jengok 1st GA akak atau tlg promote hehe..maklum Lulu dah femes:)
http://arianasstorys.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html

Lulu Caldina on April 10, 2011 at 2:36 PM said...

@ariana's semalam, dah tahu mengenai GA kakak ni, cuma tak sempat nak join jer...*wink

Unknown on April 11, 2011 at 11:22 AM said...

ciannyer.. huhu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!