Saturday, April 16, 2011

Mayat lelaki ditemui tergantung dekat kuil


Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah rumah kosong berhampiran kuil di Kampung Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini hari ini.

Mayat S Ramu, 59, ditemui pada jam 8 pagi oleh mereka yang datang ke kuil itu untuk bersembahyang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad, berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian.

"Polis juga sedang menyiasat motif kejadian dan setakat ini kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita di sini.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Hi Lulu.

Sis nak tag ga ni.Join tau(kejamnya).Jgn lupa letak cempaka kuning as referral ye.Tq

http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/03/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!