Wednesday, April 27, 2011

Memang pandai minta jer kan?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya.




P/S - korang memang pandai minta jer kan? dapatnya susah..




.

4 Penyokong CHELSEA:

the triplets on April 27, 2011 at 4:25 PM said...

dapat naik banyak lagi bagus, semua barang dah naik...sewa pun memang takde nyer rm 180 sebulan..

charmyiex on April 27, 2011 at 4:35 PM said...

tu la pasal nyer...
ura2 gaji nak naik..x naik2 jugak..alih2 rege brg naik dulu..tu gaji x naik lg..nnt kalo dapat n kompem gaji naik. rege brg2 tetap naik jugak..

tp kan, nape rege brg naik, selaras dgn khabar angin gaji pekerja awam naik?? tp smp ke sudah x naik2 jugak...

ewanthology on April 27, 2011 at 5:12 PM said...

tapi gaji perlu sama dengan kualiti kerja jugak

Ujang9897 on April 27, 2011 at 5:14 PM said...

kalau dpt best gak..hee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!