Kehidupan seorang wanita di Taman Setia di sini amat menyayat hati kerana hanya mampu terbaring akibat lumpuh sejak empat tahun lalu. Namun wanita ini, Mashitah Khamis, 51, amat beruntung kerana mempunyai seorang anak bertanggungjawab dan berhati mulia, Ahliridzuan Othman, 18, yang cekal menjaganya setiap hari.
Menurut Ahliridzuan, bekas pelajar Sekolah Menengah Tanah Merah di sini, dia reda dengan apa yang menimpa ibunya dan sanggup berkorban apa saja untuknya.
"Saya tidak boleh jadi seperti remaja lain keluar bermain atau melepak kerana bila keluar sekejap pun saya sudah merisaukan emak.
"Tetapi saya tega dengan ketentuan Allah ini dan akan menjaganya tanpa mengharap balasan," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika ditemui dalam program Singgah Sayang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob, di sini hari ini.
Dalam lawatannya, Suraya menyampaikan bantuan tilam kepada wanita tersebut.
Ahliridzuan memberitahu, rutin hariannya bermula pukul 6 pagi apabila dia bangun memandikan ibunya itu seterusnya menyediakan makan pagi sebelum ke sekolah setiap hari.
Tambahnya, tanggungjawab menjaga ibunya itu terpikul di bahunya memandangkan abang dan kakaknya tinggal berjauhan.
"Saya tidak salahkan mereka kerana mereka keluar untuk mencari rezeki untuk kami juga. Abang bekerja di Sungai Petani sementara kakak pula masih belajar jururawat," katanya.
Katanya, abang dan kakaknya tabah menyara keluarga dan menanggung perbelanjaan harian serta kos perubatan ibunya yang turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bercerita lanjut, kata Ahliridzuan, ibunya lumpuh seluruh badan sejak diserang strok empat tahun lalu.
Katanya, keadaan keluarga menjadi lebih teruk apabila dia kehilangan bapa dua tahun lalu yang meninggal dunia akibat sakit tua.
Di sebalik kesusahan tersebut, Ahliridzuan yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berharap dapat memasuki pusat latihan kemahiran.
"Saya ada memohon, namun pada masa yang sama risau juga bila masuk ke pusat latihan. Apa akan jadi dengan nasib ibu saya," katanya.
Prihatin dengan nasib remaja itu, Suraya berjanji akan mendapatkan tempat di pusat latihan berhampiran dengan rumahnya.
"Kita simpati dengan nasib adik Ahliridzuan. Namun inilah remaja yang boleh menjadi contoh kepada remaja lain, yang bersemangat waja, sanggup berkorban dan berhati mulia," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun BSN Ahliridzuan di nombor 0211229000160794 atau menelefon beliau di 012-5516395.
.
6 Penyokong CHELSEA:
bagusnya..susah nak cari anak yang baik macam ni skang...
susah nak cari anak yang baik macam ni skang.....sejuk perut mak dia....
thanks lulu sebab share ye:)
beruntung sgt ibunya mempunyai anak sebaik ini..
terlebih saya x suka warna biru dan chelsea..hahah..gurau je..anak ni memang bagus boleh dibuat menantu kerana kemuliaan dia..
p/s:saya fans man utd..camner saya boleh terfans chelsea..heheh..:P
@Syuxer eheh dah kira penyokong chelsea skrg eh..ekeke
Post a Comment