Tuesday, April 19, 2011

Parah kerana jatuh

Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.15 pagi itu, Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail berkata, pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan.

"Saya diberitahu bahawa pelajar berkenaan terjatuh dari tingkat tiga sekolah. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Setakat ini kami tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai punca kejadian dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu di sini hari ini.

Difahamkan pelajar itu yang adalah anak bongsu dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Taman Bukit Permai, Sungai Lalang di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



.

2 Penyokong CHELSEA:

risa on April 19, 2011 at 9:25 PM said...

alahaiiii...nak tau jugak tu sebab ape..
kengkadang ni derang suke main2 kan kan

Mira Amirudin on April 20, 2011 at 9:00 AM said...

bunuh diri tension study kot.huhu
ops!maaf,memandai je mira ni.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!