Mangsa, Mohd. Sazlin Noor, 25, dari Kampung Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas diseret kira-kira 50 meter.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Pasir Mas ke Kota Bharu dipercayai bagi menghadiri temuduga tersebut, berhenti di lampu isyarat simpang berkenaan.
"Tiba-tiba, sebuah lori pasir tanpa muatan dikatakan memecut dari arah Kedai Mulong, lalu merempuh dan mengheret mangsa bersama-sama motosikalnya sejauh kira-kira 50 meter. Mangsa meninggal dunia selepas sebahagian kepalanya hancur," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
.
2 Penyokong CHELSEA:
innalillah..ajal ditentukan tak lewat atau tak kurang dari masanya...
p/s: adiah da sampai..TQ>>
siannyer...
Post a Comment