Sebuah keluarga hari ini merayu orang ramai membantu mereka mencari seorang gadis berusia 18 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak hampir dua minggu lalu.
Bapa tirinya, Md. Babul, 30-an, yang merupakan warga Bangladesh berkata, Tia Amalia baru datang ke negara ini untuk menetap bersama ibunya, Siti Zuriana Abdul Hijah, 40, seorang warga Indonesia, pada 13 Mac lalu.
"Tia Amalia bagaimanapun keluar rumah pada 17 April dan hilang tanpa khabar berita. Tia Amalia tidak mempunyai kenalan lain malah dia sentiasa menghubungi keluarga jika tidak pulang ke rumah.
"Kami sekeluarga bimbang keselamatannya kerana dia tidak membawa pakaian, kecuali pasport yang selalu ada di dalam begnya," ujarnya.
Jelas Babul, Tia Amalia sepatutnya pulang kembali ke negara asalnya akhir bulan ini dan sehubungan itu dia menolak kemungkinan gadis tersebut cuba melarikan diri.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment