Monday, April 4, 2011

Sebenarnya...saya dah kawen


Pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.

Sabrina yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pernikahan tersebut.
"Dah nikah awal tahun 2011 ni," katanya.
Sumber memberitahu Sabrina bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun dalam satu majlis tertutup.

Bagaimanapun tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.
Sebaliknya kata Sabrina, dia tidak bersedia untuk mengulas mengenai desas-desus yang diperkatakan.
Sementara itu sumber turut memberitahu pelakon Khurafat tersebut sudah mengandung dua bulan.

Dalam sebuah sesi fotografi beberapa bulan lalu, Sabrina pernah memberitahu sedang bercinta dengan jejaka yang berasal dari Raub Pahang.
Malah dia turut menyatakan kesediaannya untuk berkahwin tahun ini.

“Saya mengenalinya pada satu majlis hari jadi kakak angkat saya dan setakat ini, kami serasi bersama. Dia juga menerima anak saya, Ariyana, seadanya,” ujar Sabrina dalam pertemuan itu tidak lama dulu.
Sebelum ini, Sabrina Ali pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada Mei, 2006 dan berpisah pada pertengahan 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Hani Rahman on April 4, 2011 at 4:55 PM said...

Alhamdulillah ...

EYQASARA on April 4, 2011 at 4:56 PM said...

pergh.. ensem! syg laki org dah.. lalalala...

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ on April 4, 2011 at 7:06 PM said...

Kahwin diThailand sepupu saya kat KL yg kabarkan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!