Friday, May 6, 2011

Akhirnya dia mati minum racun


Pekerja stesen minyak, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam tunangnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi kelmarin sudah merancang untuk memutuskan ikatan itu seminggu lalu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan panas baran tunangnya.

Kakak sulung mangsa, Yuhasmi, 48, berkata arwah menghubunginya hujung bulan lalu menyatakan hasrat memutuskan pertunangan sejak Oktober 2010 dengan lelaki berusia 40 tahun berkenaan, namun tidak sempat pulang ke kampungnya di Chuping, di sini untuk membincangkan perkara itu.

“Saya minta Karimah balik ke kampung untuk berbincang dan melakukan secara beradab berhubung hasrat memutuskan tali pertunangan, namun tidak sempat pulang selepas ditemui mati akibat ditikam bertubi-tubi tunangnya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, di sini, semalam.

Jenazah Karimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bawah Bukit, Chuping, jam 11 malam kelmarin.

Arwah yang mempunyai dua anak, Nursyabila Maslan, 7, dan Harith Iskandar, 5, hasil perkongsian dengan bekas suami, Maslan Mad Deris, dijangka melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 31 Ogos ini.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Syakinah Bahaudin, 20, berkata tunang arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya setengah jam selepas membunuh ibu saudaranya.
"Saya tidak mengetahui sama ada tunang berkenaan menjadi cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan ke Bukit Mertajam untuk berjumpa arwah," katanya.

Di BUKIT MERTAJAM, suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, meninggal dunia, malam kelmarin.

Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat.

Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam



.

4 Penyokong CHELSEA:

PinKy MoMMa on May 6, 2011 at 9:33 AM said...

erkkkk psiko nyer..

Unknown on May 6, 2011 at 9:45 AM said...

tuhan bayar cash...

Anonymous said...

tu ler, tp nape ler smp nak bunuh2 ye.. kalau dh putus tu , mungkin dia akan dpt yg lg baik ... manusi..manusia

Nazatul Anuar on May 6, 2011 at 10:09 AM said...

i kil u then i kill myself..
our true love.
cait !

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!