Thursday, May 26, 2011

Anggota polis maut dirempuh

Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh 4.5 meter di Jalan Manis, Taman Segar Cheras di sini hari ini.

Kejadian pukul 1.13 pagi itu berlaku ketika Mohd. Hakim Muhamad Nor, 23, dalam perjalanan dari arah Jalan Segar menghala ke Jalan Taman Supreme.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, sebuah kereta jenis Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dikatakan merempuh mangsa dari arah belakang sebelum dia dan motosikalnya diseret.

"Berikutan rempuhan kuat itu, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Cawangan Logistik dan Stor Bekalan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya di sini hari ini.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!