Wednesday, May 11, 2011

Dia kelihatan gagah dengan potongan rambutnya yang pendek.


Tubuhnya tegap, tapi sifat kewanitaan Rahmat Sulistyo, atau Frasiska Anastasya Oktaviany atau Icha, dilihat menonjol. Ketika dipindahkan dari tahanan Jatiasih ke Lembaga Pemasyarakat Bulak Kapal, Icha terus menangis.

Lelaki yang mengaku seorang perempuan itu mengenakan baju bermotif biru dan putih ketika dipindahkan. Dia berjalan dengan gagah dan dengan potongan rambut yang pendek, menegaskan bahawa dia sebenarnya lelaki sejati.

Tapi ketika Icha bercakap, kata-katanya yang muncul berubah mendadak. Suaranya agak lemah lembut dan penampilannya sangat gemalai. Dengan gaya seperti itu, selama enam bulan Icha mampu mengabui mantan suaminya, Umar, yang menyangka dia perempuan tulen.

Icha kini meringkuk di penjara, menunggu perbicaraan ke atas dirinya di Lapas Bulak Kapal. Dia dituduh dengan Pasal 266 KHUP, tentang Pemalsuan Identiti dengan ancaman hukuman tujuh tahun penjara.

Kini dia mengaku sudah tidak sayang lagi dengan Umar. Dia berharap lelaki yang pernah mengangap dirinya sebagai isteri itu mahu mengakuinya sebagai adik.

Icha mengakui sudah taubat dan ingin segera menjalani hidupnya secara normal. Dia berharap dapat menikah lagi, namun kali ini sebagai lelaki sejati, dan berkeluarga adalah harapan paling besar dalam hidupnya jika boleh keluar dari penjara.

Mengenai penjara yang menjadi tempat tinggalnya yang baru, Icha mengaku sedia bila harus digabungkan bersama tahanan lelaki.



P/S - Siapa Icha ni? [KLIK SINI]



Counting to my birthday on 28 Mei..
 

.

1 Penyokong CHELSEA:

yaa_fieza on May 12, 2011 at 7:38 AM said...

haishhh..bagosla....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!