Sunday, May 1, 2011

Ditipu kerana cicak tokek


Akibat terlalu percaya pada rakannya, seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM60,000 apabila ditipu lelaki itu yang kononnya mahu berkongsi wang untuk membeli seekor cicak tokek bernilai RM300,000 untuk dijual semula dengan harga RM1.5 juta.
Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Abu itu berkata, rakannya memberitahu cicak tersebut perlu dibeli terlebih dahulu di Sik dekat sini, kerana terdapat seorang dari Ipoh, Perak, yang hendak membeli semula dengan harga RM1.5 juta.

"Sebab percaya kepadanya saya menyerahkan RM60,000 kepada rakan yang juga seorang guru di Kepala Batas, Pulau Pinang, untuk tujuan itu," katanya.
Abu berkata, namun selepas menyerahkan wang itu, dia bukan sahaja tidak menerima untung tetapi wang modal tersebut juga lesap dan rakannya pula gagal dijejaki.
Menurutnya, rakannya tidak dapat dihubungi selepas perbualan terakhir mereka yang antara lain rakannya memberitahu cicak tersebut sudah mati.
Justeru, Abu yang kesal dengan perkara tersebut kemudian membuat laporan polis berhubung kes itu.




P/S - Sumber gambar - google



.

2 Penyokong CHELSEA:

Azariah Kamis on May 1, 2011 at 7:06 PM said...

isk2..tu la...
nak brniaga xkena pda tmpat..
alih2 cicak pon xdpt

Kay Masingan on May 17, 2011 at 4:02 PM said...

tu la, sebab tokek pun kena tipu..kan banyak kat hutan tokek tu, cari ja la kat hutan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!